Siakap Keli

5,000 Haiwan Peliharaan Termasuk Kucing & Anjing Ditemui Mati Di Dalam Kotak Penghantaran Di China

BEIJING: Sekurang-kurangnya 5,000 haiwan ditemui mati di dalam kotak penghantaran di pusat kemudahan logistik Pusat China pada minggu lalu.

Hanya beberapa ratus ekor haiwan sahaja yang berjaya diselamatkan.

Pihak berkuasa telah melancarkan operasi penyiasatan bagi penemuan tersebut di wilayah Henan.

“Tempat itu dipenuhi dengan kotak penghantaran dengan ribuan haiwan yang sudah mati dan tempat itu berbau sangat busuk”, kata Hua(samaran), pengasas kumpulan penyelamat haiwan Utopia.

Punca kepada berlaku kejadian ini adalah disebabkan masalah komunikasi antara pembekal dengan pembeli hingga menyebabkan penghantara haiwan itu tergendala.

Kesemua haiwan yang telah mati itu terdiri daripada arnab, kucing, tikus belanda dan anjing, diletakkan di dalam sankar besi atau plastik dan ditutupi dengan kotak dengan lubang kecil.

Haiwan-haiwan ini bukan sahaja mati disebabkan oleh kekurangan oksigen malah disebabkan oleh tidak diberi makanan dan minuman.

Haiwan-haiwan ini berada di dalam kotak tersebut selama seminggu sebelum ditemui kejadian kematian itu di pusat logistik Dongxing, Kota Luan, Henan.

“Mereka juga menjelaskan bahawa kesemua haiwan yang mati itu bukan haiwan ternakan malah merupakan haiwan peliharaan”

Undang-undang China melarang penghantaran haiwan hidup dalam bungkusan biasa. Hua mengatakan kemungkinan haiwan tersebut dibeli secara dalam talian sebagai binatang peliharaan tetapi dibiarkan terdampar di pusat logistik kerana penghantaran telah tertangguh, kerana syarikat logistik yang terlibat mungkin menolak untuk menandatangani penghantaran yang melanggar undang-undang pengangkutan.

Sumber: Cbs News

Alfi Aiman

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.