CHINA: Seorang wanita mengalami saat-saat mencemaskan selepas dia tidak dapat menutupkan mulutnya.
Kejadian berlaku setelah tulang rahang terkehel disebabkan oleh ketawa terlampau kuat.
Menurut laporan berita tempatan, kejadian itu berlaku di dalam sebuah kereta api yang sedang menuju ke Stesen Kereta Api Guangzhou Selatan di wilayah Guangdong China.
Mangsa bernasib baik kerana ketika itu terdapat seorang doktor di dalam kereta api yang kemudian membantunya.
Doktor tersebut yang dikenali sebagai Luo Wensheng pada mulanya sukar untuk membantu mangsa kerana perkara tersebut di luar bidangnya.
“Saya bergegas ke arah wanita dan mendapati wanita itu tidak dapat untuk bercakap serta tidak dapat untuk menutupkan mulutnya”
“Pada mulanya saya menganggap bahawa wanita itu mengalami strok, tetapi setelah dibuat pemeriksaan, wanita itu sama sekali tidak mengalami strok”, kata Luo.
Percubaan pertama telah gagal untuk membetulkan rahang mangsa namun setelah cubaan kedua dibuat, rahang wanita itu telah berjaya kembali ke posisi asalnya.
Mangsa ada menyatakan bahawa perkara itu bukan kali pertama terjadi kepadanya, sebelum ini tulang rahangnya pernah terkehel ketika muntah semasa mengandung.
Sumber: Tribunnews