Siakap Keli

Bintang Douyin Terkenal Dilapor Maut Dibakar Oleh Bekas Suami Ketika ‘LiveStream’

CHINA: Seorang wanita yang terkenal dengan aplikasi Douyin telah meninggal dunia setelah diduga dibakar oleh bekas suaminya ketika sedang melakukan penstriman langsung menerusi aplikasi Douyin.

Mangsa dikenali sebagai Lamu berusia 30 tahun, terkenal di aplikasi Douyin dan mempunyai ratusan ribu pengikut di dalam aplikasi Douyin.

Kejadian berlaku pada 14 september, dengan tiba-tiba skrin menjadi gelap ketika mangsa melakukan penstriman langsung menerusi aplikasi Douyin.

Bekas suaminya, yang hanya dikenali dengan nama keluarga Tang, diduga telah masuk ke rumahnya dengan bersenjatakan pisau dan petrol.

Serangan itu telah menyebabkan 90% tubuh mangsa telah terbakar.

Satu kenyataan dari Biro Keselamatan Awam Daerah Jinchuan mengatakan bahawa setelah serangan pada 14 September, dia dibawa ke sebuah hospital tempatan dan kemudian dipindahkan ke People’s Hospital Wilayah Sichuan untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut.

Ahli keluarga mangsa telah meminta sumbangan daripada pengikutnya dan lebih daripada 1 juta yuan (RM612,518) dikumpulkan dalam masa hanya 24 jam, menurut laporan.

Mangsa telah meninggal dunia pada 30 September.

Diketahui bahawa bekas suaminya itu sering melakukan kekerasan kepada mangsa sebelum pasangan itu bercerai.

Pada bulan Mei, pasangan itu dilaporkan telah bercerai – pasangan itu mempunyai dua orang anak dan masing-masing mendapat hak penjagaan seorang anak.

Tidak lama kemudian, Tang mengancam mangsa untuk membunuh anak mereka sekiranya mangsa tidak mahu menikahinya semula.

Disebabkan itu, mangsa telah menikahi bekas suaminya semula. Namun disebabkan tertekan dengan sikap suaminya itu, mangsa telah melarikan diri.

Adik mangsa juga turut dipukul oleh suspek kerana tidak memberitahu tentang keberadaan mangsa.

Ahli keluarga mangsa ada menyatakan bahawa mereka pernah membuat laporan berkenaan dengan kes ini namun tiada tindakan yang diambil.

Selepas itu, mangsa telah memutuskan untuk bercerai dengan suaminya itu buat kali kedua, suami mangsa mendapat hak penjagaan kedua-dua anak mereka.

Polis mengatakan Tang ditahan pada 14 September kerana disyaki melakukan “pembunuhan dengan sengaja”.

Kes masih dalam siasatan.

Sumber: Bbc

Alfi Aiman

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.