Siakap Keli

Kehidupan Warga Emas Berubah Sekelip Mata Setelah Menangkap Ikan Gergasi 52 Kg

INDIA: Seorang warga emas telah mengubah hidupnya ke arah yang lebih baik setelah berjaya menangkap seekor ikan gergasi sekitar 52kg dan berjaya menjual ikan tersebut dengan harga Rs300,000 (RM16,985).

Warga emas itu dikenali sebagai Pushpa Kar, seorang penduduk kampung Chakphuldubi di Pulau Sagar, India.

Hasil tangkapan itu telah dijual di pasar tempatan dengan harga Rs6,200 (RM351) sekilogram.

Melalui laporan berita tempatan – “Tangkapan ikan itu merupakan hari yang paling bertuah dalam hidup saya. Hasil daripada jualan ikan itu di pasar mencecah Rs300,000 (RM16,985) dengan harga Rs6,200 (RM351) sekilogram”, kata Kar.

“Saya tidak pernah melihat ikan sebesar itu dalam hidup saya. Di Bengali, ikan itu dipanggil ‘Bhola’ atau ‘Silver Croaker’“.

Menurut penduduk kampung, tangkapan ikan sebesar itu belum pernah terjadi.

Sumber: Gulfnews

Alfi Aiman

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.