Siakap Keli

Wanita Dilapor Maut Dipercayai Keracunan Makanan Selepas Makan Popia Disimpan 3 Hari Dalam Peti Ais

SAMUT PRAKAN, THAILAND: Seorang wanita meninggal dunia dipercayai mengalami keracunan makanan selepas mangsa makan popia yang disimpan di dalam peti ais selama 3 hari.

Kejadian berlaku ketika mangsa yang berusia 40 tahun itu sedang menonton rancangan televisyen bersama suaminya sambil makan popia yang telah dipanaskan.

Makanan tersebut telah dibeli daripada pasar tempatan dan mangsa menyimpan makanan tersebut di dalam peti sejuk rumahnya.

Kejadian berlaku dengan tiba-tiba, mangsa mula mengalami sakit perut (cirit-birit).

Suami mangsa berasa risau akan keadaan isterinya dan mengetuk pintu tandas itu setelah hampir 1 jam isterinya tidak keluar daripada tandas.

Namun, tiada tindak balas daripada mangsa, suaminya telah membuka pintu tandas tersebut dan mendapati bahawa isterinya tidak sedarkan diri.

Ketika itu, mangsa terbaring di lantai dengan permukaan lantai dipenuhi dengan kesan muntah.

Suaminya segera membuat panggilan kecemasan dan pada ketika itu, dia mencuba untuk membuat CPR kepada isterinya. Namun, setelah diperiksa oleh pegawai perubatan, disahkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Punca kepada kematian mangsa adalah disebabkan oleh keracunan makanan, membuatkan mangsa mengalami dehidrasi teruk kerana muntah dan cirit-birit yang berlebihan.

Sumber: Ibtimes

Alfi Aiman

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.