Orang ramai di sebuah pasar raya di Brazil mengalami detik-detik cemas apabila rak tempat meletakkan barang telah runtuh dengan kesan ‘domino’ sehingga mengorbankan seorang pekerja di situ, lapor Daily Mail.

Lapan orang yang lain termasuk pelanggan dan kakitangan telah cedera dalam kejadian tersebut yang berlaku pada Jumaat lalu di Mateus Atacarejo Mix Supermarket di São Luís, utara Brazil.
Gambar Via Daily MailMangsa yang meninggal dunia adalah seorang gadis yang berusia 21 tahun dan telah bekerja di pasar raya tersebut selama tiga bulan. Dia telah dihempap ketika sedang menyimpan barang-barang di rak.
Enam yang lain yang berada di lokasi yang sama turut cedera dan diselamatkan oleh perkhidmatan kecemasan.
Gambar Via Daily MailRakaman CCTV menyaksikan detik-detik di mana struktur logam mula jatuh dan menyebabkan kesan ‘domino’ pada rak besar lain di hadapan.
Pasukan pegawai bomba, polis dan perkhidmatan ambulans (SAMU) juga bertindak balas segera ke tempat kejadian operasi pencarian mangsa berlanjutan sepanjang malam.
Gambar Via Daily MailIa mengambil masa lebih dari 11 jam dan melibatkan 270 anggota bomba. Pencarian secara rasmi berakhir pada pagi Sabtu.
Sumber: Daily Mail