Tak perlu dijelaskan lagi, memberus gigi sememangnya merupakan amalan kebersihan diri yang sangat penting kepada setiap orang.
Pun begitu, ketahuilah bahawa berus gigi yang digunakan juga perlu dijaga dengan bersih.
Hal ini kerana, ramai yang tidak sedar bahawa berus gigi yang diletakkan di dalam bilik mandi itu mungkin terdedah dengan pelbagai kotoran dari ‘sentuhan’ haiwan seperti cicak dan lipas.
Menerusi perkongsian seorang doktor gigi, Dr Mohd Khairul Izwan, beliau menasihatkan orang ramai untuk membilas dahulu berus gigi sebelum menggunakannnya. Ikuti perkongsiannya di bawah ini.
Tahukah anda, perkara pertama yang perlu anda lakukan sebelum anda mula memberus gigi adalah dengan membilas terlebih dahulu berus gigi anda dengan air selama beberapa saat?


Dr