Siakap Keli

TERKINI: 394 Dari 688 Kes Tempatan Covid-19 Hari Ini Adalah Dari Kluster Tembok Di Kedah

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan sebeentar tadi bahawa terdapat 691 kes positif direkodkan di Malaysia setakat hari ini, 6 Oktober 2020.

Hal ini menunjukkan bahawa jumlah majoriti kes positif tempatan hari ini datangnya dari Kluster Tembok iaitu 394 dan Kedah mencatat kes tempatan tertinggi hari ini dengan 397.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 219 kes
    • 120 kes saringan bergejala yang melibatkan 117 warganegara dan tiga (3) bukan warganegara;
    • 36 kes saringan komuniti yang melibatkan warganegara;
    • 30 kes daripada Kluster Bangau-Bangau yang melibatkan 10 warganegara dan 20 bukan warganegara;
    • 19 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Ramai-Ramai yang melibatkan warganegara;
    • Lima (5) kes saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang melibatkan warganegara;
    • Lima (5) kes saringan petugas kesihatan yang melibatkan warganegara; dan
    • Empat (4) kes saringan masuk kerja yang melibatkan warganegara.
  • Kedah: 397 kes
    • 394 kes daripada Kluster Tembok yang melibatkan 391 warganegara dan tiga (3) bukan warganegara; dan
    • Tiga (3) kes daripada Kluster Bah Sintok yang melibatkan warganegara.
  • Selangor: 38 kes
    • 17 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara;
    • 11 kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara;
    • Sembilan (9) kes saringan kontak rapat kepada kes positif Covid-19 yang melibatkan lapan (8) warganegara dan satu (1) bukan warganegara; dan
    • Satu (1) kes daripada Kluster Embun yang melibatkan warganegara.
  • Perak: 8 kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Batu yang melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Negeri Sembilan: 7 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Johor: 6 kes
    • Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara; dan
    • Tiga (3) kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 4 kes
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes saringan pra pembedahan yang melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 yang melibatkan warganegara.
  • Sarawak: 3 kes
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes saringan di Pintu Masuk Domestik pulang dari Semenanjung Malaysia yang melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 yang melibatkan warganegara.
  • Pulau Pinang: 3 kes
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI) yang melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kes saringan kematian yang melibatkan warganegara.
  • Terengganu: 1 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: 1 kes daripada Kluster Selasih yang melibatkan warganegara.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 1 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.

 

Sumber: KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang