Siakap Keli

(Video) Sukar Berjalan Kuku Kaki Terlalu Panjang, Kuda Ini Terabai Sejak 10 Tahun Lalu Kini ‘Kacak’ Selepas Dibersihkan

Penjagaan haiwan sebenarnya menelan kos dan memerlukan komitmen yang tinggi. Selalunya, kita dengar haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing, tetapi kali ini SK nak kongsikan nasib seekor Kuda yang ‘disimpan’ sejak 10 tahun lalu.

Ya, menerusi perkongsian daripada laman Facebook The Dodo memaparkan seekor Pony yang tidak pernah keluar dari rumah tuannya sejak 10 tahun lalu dan terabai. Keadaannya memang mengejutkan sekumpulan sukarelawan yang akan menjaga haiwan tersebut.

Apa yang korang boleh lihat pada rakaman video ini, keldai ini sukar untuk berjalan kerana kuku kakinya terlalu panjang dan keras. Bukan itu sahaja, keadaan bulunya yang kusut masai memang nampak seperti tidak terurus.

Mereka ini terpaksa gergaji kuku kaki yang keras dan memanjang membuatkan haiwan ini sukar untuk berjalan. Selepas di ‘grooming’ haiwan ini kelihatan sangat cantik dan ‘dia’ sudah mula berkawan dengan keldai yang lain.

 

Sumber: The Dodo

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang