Menerusi kenyataan Pejabat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dimaklumkan tidak diberikan gelang pengawasan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Tambah kenyataan yang dimuatnaik di Twitter, beliau dinasihatkan untuk menjalani kuarantin kendiri (self-quarantine) dan memantau status kesihatan kendiri (self-health monitoring) di rumah setiap hari selama 14 hari menggunakan home assessment tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera setelah penilaian risiko yang dibuat oleh pegawai KKM pada 5 Oktober lalu.
Sehubungan itu, beliau tidak dikehendaki oleh KKM untuk memakai gelang pengawasan.
“Justeru, dakwaan bahawa YAB Perdana Menteri melanggar arahan KKM adalah tidak benar,” kata kenyataan itu.
Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri. pic.twitter.com/Fc504qE6jE
— Muhyiddin Yassin (@MuhyiddinYassin) October 7, 2020
PM Muhyiddin pantau status kesihatan guna HAT, tidak dikehendaki oleh KKM untuk pakai gelang pengawasan – Pejabat PM@MuhyiddinYassin @KKMPutrajaya pic.twitter.com/AigRqp1pD2
— BERNAMA (@bernamadotcom) October 7, 2020
Sumber: Muhyiddin Yassin