Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kementerian Luar Muktamadkan Usaha Bantu Rakyat Malaysia Keluar Dari Tehran Pada Jumaat

Azizah Najib
rakyat malaysia keluar tehran
Kredit: Bernama

Kementerian Luar Muktamadkan Usaha Bantu Rakyat Malaysia Keluar Dari Tehran Pada Jumaat

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) – Kementerian Luar kini dalam peringkat akhir memuktamadkan usaha untuk membantu rakyat Malaysia dan ahli keluarga mereka di Iran kembali ke tanah air susulan konflik yang sedang berlaku antara Israel dan Iran.

Menerusi satu hantaran di Facebook pada Jumaat, kementerian itu memaklumkan bahawa individu yang telah bersetuju untuk menyertai proses evakuasi dijangka berlepas dari Tehran hari ini.

Kementerian itu juga sedang bekerjasama rapat dengan Perwakilan Malaysia yang terlibat bagi memastikan perjalanan pulang rakyat Malaysia dan keluarga mereka ke tanah air dilaksanakan dengan segera, lancar dan selamat.

Pada Rabu, Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil berkata Malaysia akan memindahkan rakyatnya dari Iran pada Jumaat berikutan peningkatan risiko keselamatan susulan konflik yang semakin memuncak antara Israel dan Iran.

Sumber: Bernama

BACA: Peluru Berpandu Hipersonik Sukar Dipintas, Ini Sebabnya

BACA: Kisah Penemuan 796 Mayat Bayi Di Tapak Rumah Jagaan, Rahsia Gelap Selama Berdekad