Siakap Keli
Gambar Via Bernama

Kementerian Sumber Manusia Sahkan Seorang Kakitangan Positif COVID-19

PUTRAJAYA, 7 Okt (Bernama) — Kementerian Sumber Manusia (KSM) hari ini memaklumkan seorang kakitangannya disahkan positif COVID-19 pada Ahad lepas dan sedang menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Sehubungan itu, kementerian mengambil langkah-langkah pencegahan segera penularan jangkitan COVID-19 dengan mengemukakan senarai kontak rapat kakitangan berkenaan kepada Kementerian Kesihatan (KKM), serta melakukan  proses disinfeksi ke atas ruang pejabat dan kawasan persekitaran kementerian.

“Kontak rapat dalam kalangan kakitangan KSM telah pun menjalani saringan kesihatan dan menjalani proses kuarantin di rumah,” demikian menurut KSM dalam kenyataan hari ini.

KSM turut memaklumkan semua program dan aktiviti kementerian itu ditangguhkan serta-merta hingga 16 Oktober ini.

— BERNAMA

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.