Siakap Keli
Gambar: Eka Harun

‘Laki Bini’ Sepakat Amal Diet Ini Sejak Februari, Kongsi Hasil Berjaya Turun 13 Kg

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Perjalanan mendapatkan berat badan yang ideal lebih mudah dan menyeronokkan apabila ada teman untuk berdiet.

Seperti pasangan Eka Harun dan suaminya, mereka bersama-sama berjaya menurunkan berat badan sekitar 13 kilogram sejak mula berdiet pada Februari.

Kongsi Eka, dia mula berdiet kerana mengikuti jejak langkah suaminya di samping mengikut saranan doktor agar mendapat haid yang teratur.

“Asalnya dia yang mula dulu sebab suami saya ada darah tinggi. Jadi dia jaga makan. Tengok dia dah mula kurus, tak boleh jadi kan.. Jadi saya join sekali,” katanya.

Beliau turut berkongsi pengalamannya di dalam komuniti Facebook, Diet Suku-Suku Separuh (DSSS).

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, dapat jugak laki bini menurunkan berat badan.

Biar lambat asal selamat. Suami 120 kg – 107 kg, isteri 90 kg – 77 kg. Jaga pemakanan. Senaman. Saya sendiri pun seram tengok gambar masa baju hitam tu. Nasibla timbul rasa kesedaran tu.

Yela, umur masing-masing baru 31 tahun tapi dah nampak tua pulak dari usia kan. Ada yang tanya tinggi berapa. Suami 190 cm, saya hanya 158 cm sahaja. Kalau saya tak pakai kasut tiggi gunung ni saya pendek sahaja.

Saya tekad nak kurus sebenarnya atas saranan doktor. Sebab masa saya berat 90 kg tu, hormon saya tak stabil, saya tak datang haid 5 bulan. Jadi doktor sarankan turunkan berat badan pasti haid teratur balik.

Memang benar kata doktor tu. Sekarang haid saya dah ok balik. Alhamdulillah rasa lebih sihat.

Gambar: Eka Harun

Saya makan macam biasa. Saya tak diet ekstrem sangat. Makan suku-suku separuh, tapi air manis saya memang tak ambil sebab dalam pemakanan kita dah ada gula jugak kan. Jadi tak minum manis pun tak apa.

Mula-mula susah jugak nak buat, lama-lama dah terbiasa. InshaAllah anda semua pun boleh.

Disiplinkan diri, jangan putus asa ok. Doa pada Allah moga dipermudahkan segala urusan.

Turun 5 kg dalam bulan pertama dengan eat clean

Masa bulan pertama sebenarnya saya buat eat clean dengan suami. Memang makan rebus-rebus dan gril sahaja. Dan kami berjaya turun 5 kg. Masuk bulan kedua dah mula ‘derhaka’ makan macam biasa, tapi masih dalam kuantiti DSSS.

Tapi masa saya belum turun 8-10 kg, saya memang tak berani minum manis dan makanan bergoreng, contohnya pisang goreng, keledek goreng, keropok lekor. Aiskrim, air kotak ke.. memang saya tak ambil.

Bersenam kalau terlajak makan

Nak diet ni kena disiplin. Kena tanam azam. Kena tekad. Dan saya rajin melakukan senaman jugak. Kalau saya terlajak makan, saya pasti buat senaman. Boleh dikatakan setiap hari saya akan buat senaman. 30 minit atau satu jam. Paling cepat pun 15 minit. Tak kisahlah senaman tabta ke, zumba ke, kardio ke.. Janji bakar lemak.

Katanya, pekerjaan suaminya di lapangan terbang banyak membantu kerana perlu berjalan banyak.

“Saya lebih banyak bersenam dari dia. Suami saya banyak berjalan kat tempat kerja dia. Dia kerja dekat AirAsia. Lapangan terbang kan besar, jadi dia memang banyak berjalan.

Kongsinya lagi, suaminya turut membuat senaman mengangkat berat ketika di rumah.

Makin sihat, dah tak semput

Kongsi Eka, mereka semakin sihat selepas menurunkan berat badan. Malah, dia yang dahulunya sering mengalami semput kini tidak lagi mengalaminya, dipercayai kerana transformasi berkenaan.

Sejak suami kurus ni, tekanan darah dia pun dah okay. Dah tak ambil ubat darah tinggi lagi. Saya pun semput dah lama tak ‘hinggap’, alhamdulillah sangat-sangat. Allah permudahkan urusan kami. Kurus nak sihat, cantik tu bonus.

Saya sebenarnya ade semput jugak. Masa saya 90 kg tu, kerap kali kena semput. Tapi sejak berjaya turunkan berat ni, alhamdulillah sangat. Dah lama tak kena semput.

Sumber: Diet Suku Suku Separuh

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.