Siakap Keli
Gambar: Google

Pegawai Polis Berpangkat Inspektor & Ke Atas Boleh Keluarkan Kompaun Ingkar PKPP Serta-merta Di Lapangan

PUTRAJAYA, 7 Okt – Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lapangan diberikan kuasa untuk mengeluarkan kompaun serta-merta kepada individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan kompaun serta-merta yang dipersetujui Jabatan Peguam Negara itu boleh dikeluarkan oleh anggota PDRM berpangkat Inspektor dan ke atas.

“Sebelum ini individu yang melanggar SOP ditahan dan dibawa ke balai polis.

“Jadi mulai hari ini kompaun akan dikeluarkan di lapangan atau di tempat kejadian berlaku,” katanya dalam sidang video perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Sumber: Kementerian Pertahanan Malaysia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.