Siakap Keli
Gambar: FB JAKIM

Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Paimuzi Yahya Meninggal Dunia

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan bahawa Ketua Pengarah JAKIM iaitu Dato’ Paimuzi bin Yahya telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 1.00 tengah hari tadi.

Menurut perkongsian melalui akaun Facebook rasmi JAKIM, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh, Selangor akibat komplikasi pada jantung serta paru-paru.

Jenazah Al-Marhum akan dibawa pulang ke rumahnya di Kuang, Selangor untuk urusan pengkebumian yang dijangka berlangsung pada petang ini.

Takziah diucapkan kepada keluarga Al-Marhum, semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Sumber: JAKIM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa