Siakap Keli
Gambar Via Daily Mail

(Video) Diculik Pada Tahun 1989, Ibu Bapa Sebak Bertemu Semula Anak Setelah Terpisah Lebih 3 Dekad

Pasangan suami isteri di China akhirnya bersatu kembali dengan anak lelaki mereka setelah tiga dekad diculik dari rumah mereka ketika masih kecil, lapor Daily Mail.

Anak lelaki mereka itu didakwa telah dibawa lari oleh seorang houseguest yang tinggal bersama mereka selama seminggu pada 1989.

Gambar Via Daily Mail

Selepas 31 tahun, mereka akhirnya dapat bertemu semula dengan anak lelaki itu pada Khamis lalu selepas polis mengesan lelaki itu dengan bantuan pangkalan data DNA kebangsaan.

Mengimbas kembali kejadian yang berlaku pada Oktober 1989, Lei dan Jiang yang tinggal di sebuah bandar terpencil di wilayah Guizhou di barat daya China menerima kunjungan dari seorang tetamu yang mengaku sebagai pengembara dari wilayah Jiangsu, China.

Gambar Via Daily Mail

Tetamu itu menawarkan sejumlah wang supaya dia dapat tinggal bersama mereka selama tujuh hari.

Semasa mereka berdua tiada di rumah, tetamu tersebut membawa pergi anak lelaki mereka, Shuwen, yang berusia satu tahun pada ketika itu.

Gambar Via Daily Mail

Selepas menyedari kehilangan anak mereka, pencarian mula dilakukan dengan bantuan puluhan ahli keluarga yang lain namun tidak membuahkan hasil walaupun mereka telah menghabiskan masa selama 10 hari perjalanan di seluruh wilayah.

Polis tempatan juga melakukan pencarian pada ketika itu namun gagal untuk menyelesaikan kes tersebut kerana tidak mempunyai maklumat yang cukup berkaitan pengembara itu.

Gambar Via Daily Mail

Siasatan mengenai kes itu sudah terhenti untuk tiga dekad ini sehingga pada awal tahun ini apabila Shuwen yang pada ketika ini dikenali dengan nama keluarga Shen pergi ke balai polis untuk mengemaskini kad pengenalannya.

Pegawai polis mengambil sampel darah lelaki itu sebagai sebahagian daripada prosedur untuk membuat kad pengenalan baharu.

Semasa membandingkan DNA lelaki itu dengan pangkalan data kebangsaan, pegawai tersebut mendapati bahawa lelaki 32 tahun itu merupakan kanak-kanak yang diculik pada 1989.

Gambar Via Daily Mail

Shuwen yang merupakan seorang pemilik restoran kini tinggal bersama isteri dan dua anak lelakinya di wilayah Jiangsu, Pizhou iaitu kira-kira 1,900 kilometer dari ibu bapa kandungnya.

Pada 29 September lalu, dia telah bertemu semula dengan ibu bapa kandungnya selepas 31 tahun berlalu.

Mereka bertemu semasa satu majlis yang diadakan oleh polis Xuzhou di Jiangsu yang didekasi untuk menyatukan keluarga yang kehilangan anak mereka.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa