Siakap Keli
Kredit gambar: Google

Apa Nak Buat Kalau Bertembung Dengan Beruang Dalam Hutan? Ini Dua Caranya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ketika mengembara atau berkhemah di hutan, salah satu risiko bahaya yang mungkin kita hadapai adalah ancaman binatang buas.

Harimau, kera, lipan, ular dan sebagainya, semuanya membuatkan nyawa ibarat ‘telur di hujung tanduk’ jika ditakdirkan terserempak dengan mereka.

Sebelum ini ada individu pernah berkongsi bagaimana caranya jika ada harimau datang ke khemah kita.

BACA: Buat Kaki Khemah Dalam Hutan, Ini Panduan Anda Perlu Dibuat Jika Didekati Harimau

Baru-baru ini, seorang warga group Facebook Hiking & Camping Around Malaysia, Md Daud pula berkongsi apa tindakan boleh dibuat sekiranya bertembung dengan beruang.

Mari ikuti perkongsian ini.

Kredit gambar: Google

Jumpa beruang, apa nak buat?

Apa yang perlu dilakukan apabila bertembung dengan beruang semasa melakukan aktiviti di dalam hutan?

Bertenang, jangan gelabah. Jangan melarikan diri, jangan tunjuk rasa takut, kekal berdiri.

Apabila telah tenang terus buat bunyi bising secara solo atau berkumpulan. Buat sebising yang boleh, Insya-Allah beruang tadi akan segera lari meninggalkan kita.

Ingatan. Jangan sekali nak tunjuk kuat berlawan dengan dia. Anda tidak akan menang. Rugi je dapat nanti. Kuku dia panjang empat inci lebih kurang. Ada 20 kuku yang sama panjang tu. Berhati-hati selalu.

Hati-hati jumpa susunan dahan

Biasanya beruang yang beranak dalam hutan kita akan membuat tanda ‘No Entry’. Kita mesti peka dan faham tanda tu ye.

Kalau anda sedang melakukan aktiviti dalam hutan, tiba-tba terjumpa atau terlihat dahan kayu seperti dipatah-patah dan disusun secara memanjang seperti pagar itu, maknanya anda telah melihat atau terjumpa tanpa sempadan beruang yang ada anak.

Jangan sesekali melepasi tanda terebut. Lebih baik segera beredar atau buat lencongan ke arah yang lebih selamat hingga bertemu denai asal.

Kredit gambar: Google

Kalau masuk juga tanda ‘No Entry‘ yang ibu beruang buat tu, bersedialah unutk menerima ‘cenderahati’ berupa 20 kuku yang panjang empat inci tu.

Sentiasa berhati-hati dan sentiasa peka dengan tanda-tanda yang dibuat oleh haiwan di dalam hutan.

Memahami tanda-tanda seperti itu sekurang-kurangnya dapat mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

Sekian untuk kali ini. When you don’t know what to do, do something.

Stay alert stay alive.

Md Daud

Sumber: Md Daud

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'