Gambar: Google

Buat Kaki Khemah Dalam Hutan, Ini Panduan Anda Perlu Dibuat Jika Didekati Harimau

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi mereka yang suka mengembara dan berkhemah dalam hutan, pasti keselamatan diri menjadi satu perkara terpenting.

Bahaya di hutan tidak dapat ‘dibaca’ dan dijangka, lebih-lebih ancaman alam semulajadi seperti kepala air, binatang buas, tersesat dan sebagainya.

Seperti yang kita ketahui, harimau umumnya tinggal di hutan belantara. Jadi tidak mustahil, kita akan ‘berhadapan’ dengannya sewaktu berkhemah, sama ada secara langsung mahupun tinggalan jejak tapak kaki.

Andaikata di lokasi tapak perkhemahan kita, muncul seekor harimau di hadapan kita. Apa yang perlu kita buat?

Ikuti perkongsian oleh Yusof Abdullah dalam group Facebook Combat Survival Malaysia seperti di bawah ini.

Gambar: Google

Ada pertanyaan dari saudara Mohd Azri tentang apa tindakan kalau ada harimau berhampiran kawasan perkhemahan.

Tindakan yang saya cadangkan ialah:

1. Jangan lari

Jangan lari kerana ini membuatkan kita menjadi sasaran kepada harimau itu.

2. Jangan membelakangkan harimau

Ia kerana harimau suka menyerang dari belakang ke arah tengkuk.

Teruskan pandangan ke arah harimau kerana sifat harimau tidak akan menyerang mangsa yang melihatnya.

Dalam satu kes, seekor harimau sedang menghendap seekor rusa yang sedang makan. Rusa itu secara kebetulan berpaling ke arah harimau. Harimau tak jadi menyerang.

Namun begitu, jangan sekali memandang direct ke mata harimau kerana dilihati sebagai satu tindakan provokasi oleh harimau. Letakkan pandangan pada bahagian lain badan harimau.

3. Lakukan pegangan tangan

Jika dalam kumpulan, lakukan pegangan tangan antara satu sama lain. Ini membuatkan harimau berasa gerun kerana anda kelihatan menjadi lebih besar.

Ia juga membuatkan anda kurang panik kerana ada kawan memegang anda.

4. Jangan duduk

Perbuatan begini menampakkan diri anda sebagai binatang yang boleh diburu. Kes serangan kebanyakannya apabila harimau tersilap pandang yang menganggap kita sebagai binatang apabila membongkok atau duduk.

5. Pasang unggun api

Sebelum memasang khemah lebih-lebih lagi di waktu petang, pasanglah unggun api terlebih dahulu. Kebanyakan hidupan liar tidak sukakan api dan bau asap.

Fakta-fakta di atas sedang saya tulis untuk ebook saya seterusnya bertajuk Mengatasi Ancaman Hidupan Liar.

Sumber: Yusof Abdullah melalui Combat Survival Malaysia

Denin

Menulis untuk mendidik.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen