LAS VEGAS: Seorang kanak-kanak berusia 21 bulan meninggal dunia kerana terperangkap di dalam kereta.
Ayah mangsa yang berusia 27 tahun telah didakwa di atas kesalahan kecuaian hingga menyebabkan mangsa maut dalam keretanya, dalam kejadian yang berlaku pada 3.30 petang berhampiran dengan Owens Avenue dan H Street.
Tertuduh bersangka bahawa keadaan mangsa sebelum meninggal dunia akan baik-baik sahaja kerana ketika itu penghawa dingin masih berjalan namun apa yang terjadi adalah sebaliknya. Ketika itu, si ayah telah tertinggal kunci di dalam kenderaan dengan keadaan pintu berkunci.
Ketika pihak polis tiba di tempat kejadian, mereka mencadangkan untuk memanggil tukang kunci, penarik kereta atau pecahkan cermin tingkap, tapi tertuduh menolak tawaran itu dan meminta untuk menghubungi abangnya.
Setelah abangnya tiba di lokasi kejadian, si abang segera menanggalkan bajunya lalu membalut di buku limanya dan bersiap untuk memecahkan cermin tingkap kereta tersebut.
Namun, tertuduh menghalang abangnya untuk melakukan perkara itu kerana tidak mahu cermin tingkap kereta yang baru dibelinya pecah dan dia juga mengatakan dia tidak mempunyai wang sekiranya cermin itu pecah.
“Selepas tukang kunci tiba, tertuduh menghabiskan masa sekitar 23 minit dengan tukang kunci kerana tertuduh tidak berpuas hati dengan harga yang akan dikenakan dan dia menolak tawaran daripada tukang kunci itu”, kata teman wanitanya.
Setelah satu jam dengan cuaca panas terik ketika itu, pihak polis terpaksa memecahkan cermin tingkap dan membawa kanak-kanak perempuan itu keluar, tetapi ketika itu keadaan tubuh mangsa dalam keadaan ‘keras’ dan disahkan telah meninggal dunia.
Sumber: Las Vegas