Siakap Keli
Gambar Hiasan Via ThoughtCo

“Kerosakan Boleh Berlaku Bila-Bila Masa,” Ini 12 Barang Penting Perlu Ada Dalam Kenderaan

Tiada siapa mampu menjangkakan sebarang ‘bencana’ yang bakal menimpa diri masing-masing. Disebabkan itu, setiap orang perlu sentiasa berhati-hati dan bersedia dengan segala kemungkinan.

Sama juga apabila memandu kenderaan, terkadang ada kerosakan atau kemalangan yang tidak mampu untuk dielakkan.

‘Sediakan payung sebelum hujan’, peribahasa itu sangat sesuai untuk dipraktikkan dalam keadaan ini.

Bagi yang masih tidak tahu, anda sepatutnya mempunyai kit kecemasan yang lengkap di dalam kereta bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Menerusi perkongsian oleh JPJ Malaysia di laman Twitter, terdapat 12 barang penting yang perlu ada di dalam kenderaan anda.

Ini 12 barang penting yang perlu ada:

1. Pengecas telefon bimbit

2. Tukul keselamatan pelbagai guna

3. Kabel pelompat

4. Segi tiga keselamatan

5. Pemadam api kecil

6. Perkakas pelbagai guna

7. Tayar simpanan dan alat penukar tayar

8. Jaket keselamatan pembalik cahaya

9. Air botol

10. Lampu suluh dan bateri tambahan

11. Kit pertolongan kecemasan

12. Payung

Sentiasalah bersedia kerana kerosakan boleh berlaku pada bila-bila masa, di mana-mana jua.

Sumber: JPJ Malaysia

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.