Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Setiap pemandu pastinya sangat pakar dengan jalan raya yang dilalui setiap hari apatah lagi dengan ‘selok belok’ mengenai kenderaan yang dinaiki, ia perlulah sentiasa diperiksa dengan teliti.
Kebiasaannya, pemeriksaan bahagian enjin selalu mendapat perhatian kerana terkadang ia akan menghadapi masalah yang tidak terjangka.
Bukan itu sahaja, brek kereta juga sememangnya perlu dititikberatkan agar dapat mengelak dari perkara yang tidak diingini.
Melalui perkongsian JPJ Malaysia di laman Twitter, terdapat tujuh isyarat amaran yang menandakan brek kenderaan anda perlu diperiksa.
Ikuti perkongsian di bawah.
Bunyi berciut, bergeser atau ketukan apabila membrek.
Kenderaan terseret ke tepi apabila membrek.
Pedal brek rendah mencecah ke lantai apabila membrek.
Pedal brek keras dan perlu dipijak dengan kuat apabila membrek.
Brek mencengkam dengan sedikit sentuhan pada pedal.
Pedal brek bergetar atau berdenyut, walaupun semasa membrek secara normal.
Lampu brek menyala pada papan pemuka kenderaan anda.
Pemeriksaan brek secara rutin adalah penting untuk keselamatan pemanduan dan penyenggaraan kenderaan anda.
Sumber: JPJ Malaysia