Siakap Keli

Lelaki Sanggup Jual Tanah Dan Beli Gajah Demi Penuhi Impian Isteri

BANGLADESH: Seorang lelaki telah membeli seekor gajah demi untuk memenuhi impian isterinya.

Lelaki tersebut dikenali sebagai Dulal Chandra Roy, seorang penduduk daripada Kesatuan Panchagram Lalmonirhat Bangladesh telah menjual tanahnya dan membeli gajah sebagai tanda cinta kepada isterinya, Tulsi Rani Dasi.

Dulal merupakan seorang petani, menjual tanah miliknya dan membeli gajah dengan harga Tk16.5 lakh (RM80,712) dan dia telah menyewa sebuah trak untuk membawa gajah tersebut dengan kos sewaan Tk20,000 (RM978).

“Saya menjual tanah dan membeli gajah untuk memenuhi impian isteri saya,” katanya.

Tulsi mengatakan bahawa dia mempunyai impian untuk memelihara gajah sejak setahun yang lalu.

Pembelian haiwan ini bukan kali yang pertama, beberapa tahun lalu, Tulsi telah membeli seekor kuda, angsa dan kambing.

Sumber: mid-day

Alfi Aiman

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.