Siakap Keli

Menari Kat TikTok Je Boleh Menang RM10,000, Jom Tengok Macam Mana Ayda Jebat Buat

Selepas pelancaran peranti OPPO A93 hari Selasa lepas, kini OPPO melancarkan Cabaran TikTok #AceYourStyle untuk penggemar aplikasi Tiktok. Biar betul?

Senang je nak menang sebenarnya. Mana taknya hanya perlu ikut langkah dan hashtag #AceYourStyle  dan boleh menang hadiah bernilai lebih RM 10,000.

Nak tau macam mana nak sertai Cabaran Tiktok #AceYourStyle ni? Check out steps mudah ni;

  1. Muat turun aplikasi TikTok dan cari hashtag #AceYourStyle

Mudah je, korang hanya muat turun aplikasi TikTok pada peranti dan pergi ke Discovery, cuma taip hashtag #AceYourStyle

  1. Tekan butang rakaman dan mulakan cabaran

Korang cuma perlu tekan butang rakaman, lagu dan effect sudah tersedia di kaca telefon korang. Kalau korang nak tukar lagu kepada versi Bahasa Inggeris pun ada! Hanya tekan pada bahagian lagu. Paling penting tarian mestilah ikut langkah macam dalam video Ayda Jebat ni.

  1. Muat naik dan hantarkan penyertaan korang

Ye, dah penat menari takkan nak simpan je, korang mestilah memuatnaik video menari dengan menggunakan hashtag #AceYourStyle dan #OPPOA93. Pastikan video tersebut korang dah ‘set’ kepada tontonan umum.

Lepas tu, boleh terus hantarkan penyertaan korang ke website #AceYourStyle Tiktok Dance Challenge melalui button ‘SUBMIT HERE’ di penghujung homepage.

Ini antara senarai hadiah ‘istimewa’ korang.

Pemenang Pertama

  • OPPO A93 (RM1299) berserta wang tunai RM3000 

Pemenang Kedua

  • OPPO A93 (RM1299) berserta wang tunai RM1500 

Pemenang Ketiga

  • OPPO Enco Free (RM499) berserta wang tunai RM1000

Hadiah Saguhati x 15

Baucer OPPO berniai RM100 

Paling best, semua pemenang akan berpeluang untuk berkolaborasi bersama Ayda Jebat dalam muzik video OPPO A93

Tunggu apa lagi, mungkin korang adalah pemenang dalam cabaran daripada OPPO kali ini. Jangan lupa untuk ‘save the date’, cabaran ini bermula dari 10 Oktober dan akan tamat pada 9 November 2020.

Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh layari laman web #AceYourStyle Tiktok Dance Challenge. Jangan lepaskan peluang keemasan ini ‘gais’.

Jom tengok apa yang best dengan OPPO A93 ni:

Macam yang kami dah cerita hari Selasa hari tu, OPPO A93 ni memang power lah dengan pelbagai features, dan paling best? Harganya memang mampu milik, iaitu RM1,299! Untuk semua features hebat yang ada ni, memang berbaloi lah dengan harganya.

  1. 6 Kamera Potret Berkuasa AI

OPPO A93 dilengkapi dengan 6 Kamera Potret berkuasa AI tau. Sekarang ni, nak snap gambar lawa-lawa boleh pakai phone je. Terus nampak macam pro.

AI Colour Portrait

Ni fungsi kamera yang kami rasa paling awesome lah, sebab dengan satu snap je, terus gambar jadi cool macam gambar Ayda Jebat ni. Latar belakang pada gambar anda akan menjadi hitam dan putih, manakala warna pada orang dalam gambar tersebut akan kekal berwarna.

AI Night Flare Portrait

Cun kan kalau ambil gambar waktu malam macam ni? Effect bokeh yang dihasilkan dengan fungsi kamera AI Night Flare Portrait ni menjadikan gambar lebih artistik gitu.

AI Super Night Portrait

Sekarang ni nak selfie waktu malam atau dengan pencahayaan yang rendah pun no hal lah, dengan Potret Malam Super AI, selfie korang akan jadi cerah dan terang walaupun lighting tak cun.

Dual Lens Bokeh

Boleh digunakan dalam mod gambar atau video, best lah kalau nak snap atau rakam gambar dan video korang dengan fungsi kamera Dual Lens Bokeh yang menjadikan latarbelakang kabur, dan mengekalkan perincian pada anda.

AI Super Clear Portrait

Setiap perincian akan menjadi Super Jelas! Tak ada dah gambar kabur lepas ni dengan fungsi kamera AI Super Clear Portrait ni.

Ultra Clear 108MP Image

Gunalah berapa tinggi angka zoom yang korang mahukan, gambar akan tetap jelas dan HD

  1. Design

OPPO A93 ni memang ultra-sleek dengan rekaannya yang ‘slim’ dan ringan, iaitu hanya senipis 7.48mm dan 164gram je. Dengar cerita lagi ringan dari sebiji buah epal.

Reka bentuknya juga kemas dengan dua pilihan warna iaitu Metallic White dan Matte Black, dan turut dilengkapi dengan FHD + Super AMOLED pada 16.34cm Dual-Punch Hole Display

  1. Pantas dan memiliki storan yang tinggi

Nak download apps, rakam gambar dan video, main game banyak-banyak pun tak menjadi masalah dah sebab OPPO A93 dilengkapi dengan 8GB RAM + 128GB ROM. Cukup besar untuk simpan semua aplikasi kegemaran korang, dan ‘run smoothly’.

  1. Air Gesture

Dengan fungsi Air Gesture ni, korang boleh menerima panggilan tanpa menyentuh telefon sekiranya tangan sedang disaluti dengan adunan kek atau basah. Hanya perlu melambaikan tangan berdekatan dengan telefon tanpa perlu menyentuh telefon dengan jarak sejauh 20-50 sentimeter sahaja.

Untuk maklumat lanjut mengenai OPPO A93, klik je link di bawah:

OPPO A93: https://bit.ly/34mHRDK

OPPO Brand Store: https://bit.ly/3cYK1gC

OPPO Instagram: https://bit.ly/2Goh4yQ

OPPO Facebook: https://bit.ly/3ix7syI

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang