Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Google

Perkara Menyusahkan Di Tahun 90-an Yang Kita Tidak Akan Hadapi Pada Hari Ini

Dengan wujudnya teknologi-teknologi moden serta canggih pada masa kini, kita sudah tidak perlu bersusah payah lagi untuk keluar dari rumah bagi menyelesaikan urusan kita.

Jika hendak dibandingkan dengan tahun 90-an, segala urusan yang hendak diselesaikan, perlu dilakukan secara manual. Manakan tidak, teknologi yang terdapat pada zaman dahulu tidak secanggih kini.

Justeru daripada itu, ingat lagikah anda berkenaan dengan perkara-perkara yang lebih senang dilakukan di zaman teknologi ini berbanding dengan pada era 90-an dahulu? Kalau nak tahu, ikuti antara senarai perkara-perkara tersebut seperti berikut:

1. Menghafal serta mencari jalan

Kalau pada zaman dahulu, untuk pergi ke suatu tempat yang tidak pernah pergi, kita pastinya akan mudah tersesat. Kadang kala itu, perlu turun dari kereta untuk tanya orang tentang cara untuk pergi ke tempat mahu dituju itu. Susah kan?

Namun begitu, dengan wujudnya teknologi canggih pada masa kini, perkara itu bukanlah menjadi masalah lagi buat kita. Dengan hanya menggunakan aplikasi yang terdapat pada telefon pintar kita, nak pergi mana-mana pun senang dah sekarang.

Tak perlu tanya orang atau penat-penat hafal jalan. Satu klik sahaja, panduan ke tempat yang hendak dituju itu akan beritahu jalan yang patut kita ambil, siap boleh tahu keadaan trafik lagi sesak ke tak sesak.

2. Perbaharui cukai jalan dan insurans

Dengan adanya teknologi moden pada zaman kini, kita tak perlu bersusah payah beratur panjang-panjang untuk perbaharui cukai jalan dan insurans kenderaan kita dah.

Sebab apa? Telefon pintar kita boleh selesaikan perkara tu tanpa kita perlu bersusah payah beratur lama-lama. Tahu-tahu je cukai jalan serta insurans kita tu dah sampai dekat depan rumah kita. Tak macam zaman dahulu.

3. Bayar bil utiliti

Tiap-tiap bulan kita pastinya wajib akan mengeluarkan duit bagi membayar bil utiliti bulanan kita antaranya ialah bil air, bil elektrik, bil telefon dan sebagainya.

Jika zaman dahulu, untuk membayar bil, kita perlu keluar dari rumah dan pergi ke tempat khusus untuk membayarnya. Namun di zaman serba moden ini, perkara itu tidak lagi menjadi beban.

Ini kerana, sekiranya kita tidak sempat untuk membayar, kita boleh membayarnya secara online, tanpa perlu bersusah payah pergi ke bank atau mana-mana tempat yang boleh membayarnya.

4. Bungkus makanan

Kalau pada zaman dahulu, nak bungkus makanan kena keluar pergi kedai. Tapi pada zaman teknologi kini, pelbagai aplikasi di telefon pintar kita yang ada menyediakan perkhidmatan membungkus makanan.

Tahu-tahu je, makanan yang dipesan melalui aplikasi itu akan sampai di hadapan pintu rumah kita. Tak perlu bersusah payah nak bersiap untuk keluar pergi ke kedai semata-mata untuk membungkus makanan.

5. Keluar rumah untuk bayar zakat

Gambar: Pusat Pungutan Zakat

Sudah menjadi kewajipan setiap umat Islam untuk membayar zakat fitrah tiap-tiap tahun. Pun begitu, keperluan membayar zakat tidak hanya terdiri daripada zakat fitrah sahaja.

Anda juga boleh membayar zakat pendapatan sebagai tanda syukur atas pendapatan yang masih diperolehi selain dapat membantu lebih banyak asnaf di musim pandemik COVID-19 yang seperti ramai ketahui menjejaskan ekonomi serta mata pencarian banyak pihak.

Oleh kerana pada zaman dahulu teknologi tidak secanggih seperti zaman ini, ramai yang tidak berkesempatan untuk menunaikan zakat tersebut dan memilih untuk tangguh membayarnya.

Lama-kelamaan perkara yang ditangguhkan itu terlupa sampai ke sudah.

Kini anda tidak perlu pening lagi untuk menyelesaikan zakat anda ini. Ini kerana anda kini berpeluang untuk menyertai Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB) yang membolehkan anda membayar zakat melalui potongan gaji bulanan oleh majikan anda. Di samping dapat menjimatkan masa, anda juga tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke kaunter zakat setiap bulan.

Selain dari itu juga, sekiranya anda menyertai skim ini, anda berpeluang untuk memenangi komputer riba, baucar membeli-belah, kad petrol, dan telekung ekslusif. Penyertaan ini bermula dari sekarang hingga 30 November 2020!

Jadi, tunggu apa lagi! Cepat-cepat klik sini untuk daftar dan menang hadiah menarik. Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan PZB ini, klik sini.

Aqmal Ezany

I write what is right

test