Siakap Keli

Kisah Pak Cik Zainal ‘Tinggal’ Di ‘Bus Stop’, Sukarelawan Ini Sedang Carikan Rumah Sewa Mampu Bayar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ungkapan yang sesuai digambarkan dengan kisah ini adalah tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Seperti kisah seorang warga emas ini yang jadikan perhentian bas itu rumah, sangat menyayat hati.

Kisah silam pak cik ini membuatkan dia terpaksa akur tinggal di salah satu hentian bas di bandar Sungai Petani. Tidak asing lagi dengan ‘orang SP’, hari ini seorang sukarelawan bersama teamnya memohon kepada orang ramai yang mempunyai tempat tingal untuk diberikan kepada warga emas ini sangat di alu-alukan.

Perkongsian daripada Natipah Abu ini, mereka mencari rumah yang sesuai untuk didiami oleh pak cik ini dan orang lain yang sama nasib dengannya.

Pak Cik sedar dia tidak layak untuk mendiami rumah pusaka itu kerana dia hanyalah anak angkat.

Kisah Pak Cik Zainal yang bergelandangan di bus stop, bandar SP bukanlah baru. Ramai insan yang prihatin pernah menyantuni Pak Cik. Menurut pengakuan Pak Cik, dia memutuskan keluar dari rumah setelah ibu angkat yang memeliharanya sejak kecil itu meninggal dunia.

Pak Cik Zainal hanyalah anak angkat kepada sepasang suami isteri yang mana ketika hayat , mereka sangat sayangkan Pak Cik Zainal. Namun setelah kematian keduanya, Pak Cik sedar dia tidak layak untuk mendiami rumah pusaka itu kerana dia hanyalah anak angkat. Sudah hampir setahun Pak Cik yang tidak pernah berkahwin dan sebatang kara ini menjadikan ‘bus stop’ ini sebagai rumahnya.

Bukan tiada yang ingin membantu tetapi Pak Cik yang menolak. Pak Cik selalu bertanya kepada orang yang datang bertemu dia tentang kerja kosong. Tetapi … Pak Cik mungkin lupa .. dalam keadaan Pak Cik yang bergelandangan begitu, mustahil ada yang berani menerima Pak Cik sebagai pekerja. Sudah semestinya berbagai andaian bermain di dalam fikiran mereka tentang latar belakang Pak Cik.

**Puan Natipah Abu ini merupakan seorang sukarelawan yang memberi bantuan berdaftar dan dipercayai.**

Hasil temuramah sahabat seangkatan, Pak Cik tidak mengambil apa-apa barang terlarang dan tiada masalah mental. Mungkin segalanya terjadi akibat tekanan. Lagi-lagi usia Pak Cik sudah menginjak senja. Alhamdulillah, setelah berbulan memujuk, akhirnya semalam Pak Cik bersetuju untuk berpindah dan tinggal di rumah yang bakal kita sediakan.

Buat masa ini … kita masih sedang dalam usaha mencari sebuah rumah mampu bayar bukan saja untuk Pak Cik tetapi mungkin juga untuk rakan-rakan yang senasib dengan Pak Cik. Hari ini, hari Pak Cik … hari kita entah bagaimana penghujungnya, kita sendiri pun tidak tahu.

Ustaz Haji Kamarudin .. tokoh sukarelawan yang disegani antara yang sering menyantuni Pak Cik.

Abang Food Panda ni selalu risau tentang Pak Cik … hari-hari dia bg makanan kat Pak Cik .

Sungguh tidak sampai hati membayangkan keadaan Pak Cik yang tidur dengan berselimutkan dinginnya malam. Mudah-mudahkan .. Allah permudahkan segala urusan Pak Cik dan urusan kita …

 

Sumber: Natipah Abu

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang