Siakap Keli

Padah Percaya Video Palsu, Lelaki Didakwa Bunuh 2 Wanita Termasuk Isterinya

HYDERABAD, INDIA: Seorang lelaki telah membunuh isterinya setelah menonton video yang menunjukkan bahawa isterinya mempunyai lelaki lain dan membunuh seorang wanita yang menganggap bertanggungjawab ke atas kelakuan isterinya itu.

Ternyata video yang ditonton oleh lelaki itu adalah palsu.

Kejadian mengejutkan itu berlaku di daerah Nellore, Andhra Pradesh pada Sabtu. Kejadian itu disedari ketika jiran memberitahu polis mengenai penemuan mayat dua wanita di sebuah rumah.

Harinath Reddy, timbalan penguasa polis Nellore Rural mengatakan bahawa pasukan khas telah menangkap tertuduh, yang melarikan diri sejak pembunuhan dua kali itu.

Dipercayai kejadian berlaku setelah lelaki itu menerima satu rakaman video melalui aplikasi WhatsApp yang menunjukkan pasangan tanpa pakaian.

Walaupun wajah di dalam video itu tidak jelas, namun lelaki tersebut mengesyaki bahawa wanita dalam video itu adalah isterinya berusia 43 tahun.

Lelaki tersebut telah menikam isterinya itu hingga mati di rumah sewanya.

Dia juga telah menikam seorang wanita yang menganggap mempunyai kaitan dengan kelakuan isterinya.

“Dia melakukan pembunuhan itu walaupun tiada bukti yang kukuh berkaitan dengan isterinya”, kata DSP.

Pihak polis sedang menyiasat siapa yang menghantar video itu kepadanya melalui aplikasi WhatsApp.

Sumber: gulfnews

Alfi Aiman