Siakap Keli

Dipercayai Tuduh Isteri Curang, Suami Penggal Dan Bawa Kepala Isteri Serah Diri Di Balai Polis

Tular satu rakaman ‘ngeri’ seorang lelaki sedang membawa ‘kepala’ yang dipercayai milik isterinya untuk tampil menyerah diri di balai Polis Daerah Banda, Uttar Pradesh kemarin.

Menurut laporan portal berita, suspek dan isterinya mulanya bertikam lidah sekitar jam 7.30 pagi pada hari kejadian sebelum wanita tersebut dipenggal kepala. Hal ini demikian kerana suspek tidak berpuas hati dan menuduh isterinya curang serta menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.

Menurut polis, suspek menyerang isterinya dengan menggunakan objek yang tajam sewaktu bertengkar.

Lebih memeranjat lagi, lelaki ini membawa kepala isterinya bersama-sama untuk menyerah diri. Pihak polis bagaimanapun berjaya menahan suspek dan rampas senjata tajam yang digunanya. Mayat isteri suspek telah dibawa ke hospital dan dibedah siasat.

Sumber: Portal Berita Luar Negara

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.