Siakap Keli

“Lock Helmet Datuk, RM 100…” Meriah Komen Netizen Bergurau, Sidang Media Ismail Sabri ‘Bertukar’ Jadi Macam “Live” Bundle

Kalau siapa yang rajin layan FB Live peniaga-peniaga barang bundle, mesti dah faham suasana latar belakang kedai tersebut.

Biasanya, peniaga ini akan beraksi di depan kamera sambil mempromosi beberapa barang ‘panas’ di tangannya, selain turut tersusun pelbagai lagi barangan lain di belakangnya.

Tapi apa yang berlaku dalam sidang media Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri hari ini sungguh melucukan.

Siang tadi, Ismail Sabri atau lebih mesra dipanggil gelaran Pak Long bersiaran langsung menyampaikan perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) seperti biasa.

Namun, apa yang lebih menjadi tumpuan netizen adalah koleksi beberapa barang yang tersuusn cantik di rak di belakangnya.

Gara-gara tertarik dengan keris, tanjak, helmet, replika rumah, baju dan sebagainya, siarang langsung yang sepatutnya serius itu bertukar menjadi ‘meriah’ apabila ruang komen mula dibanjiri dengan pelbagai ‘permintaan’ kelakar.

Seorang netizen, Saiful Rodzali berkongsi satu hantaran yang tertera beberapa komen pilihan netizen yang melucukan, seolan-olah Pak Long Mail sedang buat live di kedai bundle.

Gambar: Saiful Rodzali
Gambar: Saiful Rodzali
Gambar: Saiful Rodzali
Gambar: Saiful Rodzali

Walaupun tegas menyampaikan laporan dalam sidang media tersebut, namun kemeriahan komen netizen ini sampai juga ke pengetahuan Ismail Sabri.

Sehubungan itu, beliau memuat naik satu hantaran di Facebooknya berkenaan komen-komen netizen tersebut.

Gambar: Ismail Sabri

“Pak Long terbaca juga komen-komen kalian selepas sidang media perkembangan COVID-19 (Non-Health) tadi.

Ramai juga ya yang nak bida baju Pak Long dan barang perhiasan di belakang seperti helmet, bola, tengkolok dan sebagainya.

Apa-apa pun terima kasih dan #staysafe semua 👍🏻

Bagi yang berada di kawasan PKPB, patuhi SOP yang telah diumumkan.

Jangan lupa kerap cuci tangan, pakai pelitup muka dan jaga penjarakan sosial.

Kita terus lawan dan bangkit kembali menentang penularan COVID-19,” katanya dalam hantaran tersebut.

Sumber: Saiful Rodzali, Ismail Sabri

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'