Siakap Keli

Pejabat LHDNM Di Kompleks Bangunan Kerajaan Jalan Tuanku Abdul Halim Ditutup Mulai 13 Oktober Hingga 16 Oktober Untuk Sanitasi

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa semua pejabat LHDNM di Kompleks Bangunan Kerajaan Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur akan ditutup mulai 13 Oktober 2020 sehingga 16 Oktober 2020 bagi kerja-kerja sanitasi.

Dalam tempoh ini pembayar cukai disarankan untuk melakukan urusan percukaian secara dalam talian dan sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:

a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);

b) HASiL Live Chat

c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

Dikeluarkan Oleh: Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

SUMBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Tel : 03-8313 8888 samb. 21658/21666/21695/21674/21663
Faks : 03-8313 7873
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my

 

–BERNAMA

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: