Seorang bayi perempuan berusia 18 bulan kelihatan seperti Pennywise the Clown setelah menggunakan krim penghilang bulu milik bapanya.
Kejadian terjadi ketika bayi perempuan itu, Maisie Saward merangkak ke dalam bilik mandi tanpa disedari dan mengambil krim penghilang bulu milik bapanya.
Setelah itu, bapanya Luke berusia 37 tahun menyedari bahawa anaknya telah menggunakan krim penghilang rambut miliknya ke bahagian hadapan rambut.
Bapanya bergegas mengambil bayi itu dan mencuci krim tersebut, namun sudah terlambat.
Sebahagian rambut hadapan bayi itu telah hilang.
Wajah Maisie sebelum dan selepas
Ibunya, Kirsty Saward terkejut apabila melihat anaknya kelihatan begitu setelah pulang daripada urusan luar.
Dipercayai Maisie menggunakan krim penghilang bulu itu untuk meniru gelagat bapanya ketika memakai gel rambut.
Pada mulanya, ibunya berasa sedih namun setelah itu, kelihatan bayinya sangat melucukan.
Ada di antara rakan keluarganya cuba membandingkan penampilan Maisie itu dengan badut di dalam sebuah filem seram iaitu Pennywise.
“Sebelum ini, Maisie dilahirkan dengan rambut yang lebat dan sama sekali tidak pernah botak. Selepas kejadian itu berlaku, sebahagian rambut di bahagian hadapannya telah hilang dan saya merasakan bahawa dia kelihatan sungguh melucukan”, kata ibunya.
Sumber: The Sun