Siakap Keli
Gambar Via Dhila Dhilafadh

Wanita Kongsi Pengalaman “Backpackers” Ke Pantai Timur, Naik ”Sleeper Train” 15 Jam

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Salah satu pengalaman yang paling mengujakan bagi pelancong atau ‘backpackers’ adalah apabila merasai sendiri perjalanan dengan menaiki kereta api.

Mungkin ada juga  yang ingin merasai pengalaman tersebut namun kerana kekangan pandemik COVID-19, anda boleh merancang perjalanan tersebut untuk masa hadapan kelak.

Menerusi kiriman Dhila Dhilafadh di Facebook, beliau berkongsi kepada orang ramai mengenai pengalaman menaiki kereta api bersama suaminya pada September lalu.

Bagi yang masih tidak tahu, kereta api yang dilengkapi dengan tempat tidur hanya untuk laluan ke Pantai Timur sahaja. Ikuti perkongsian Dhila di bawah ini.

Hai semua.. Alhamdulillah pagi tadi selamat sampai rumah selepas menempuh perjalanan yang panjang tapi menyeronokkan.

Ramai kawan2 yang whatsapp bertanyakan rate dan cara booking tiket keretapi (sleeper train) yg sy naik.

Seperti yang dijanjikan, disini sy kongsi sedikit pengalaman saya. Manalah tahu kot-kot korang berminat juga nak merasa sleeper train.

Tertarik dengan pengalaman salah seorang backpeckers, sy pun buat sedikit carian info ttg sleeper train. Kebetulan suami masih ada cuti dan dia berhajat nak bawa sy berjalan-jalan, apa lagi sy terus bagi tahu dia yg sy nak sgt naik sleeper train. Alhamdulillah… suami pun ok je dengan idea sy tu.

Sy cuba buat tempahan tiket melalui aplikasi KTM Mob ticket tetapi kurang faham dengan jadual perjalanan. Jadi, kami berdua terus ke KL Sentral untuk bertanyakan ttg harga tiket dan jadual.

Terima kasih kepada pihak KTM sebab beri penjelasan yg memudahkan kami. Alhamdulillah.. kami berjaya beli tiket pada hari jumaat dan bertolak pada sabtu malam. Rezeki kami sebab dapat tiket katil bahagian bawah. Menurut petugas kaunter, kebiasaannya katil akan full waktu weekend.

*INFO*

1) Jika anda konfius atau tidak yakin membeli tiket scr online, disarankan beli terus di kaunter tiket KL Sentral.

2) Keretapi lokomotif dengan koc sleeper hanya untuk laluan ke pantai timur sahaja. Bagi laluan utara telah ditukarkan kepada ETS.

3) Anda perlu menaiki ETS ke stesen Gemas terlebih dahulu. Jika dari KL Sentral – Gemas, tiket berharga RM34.

4) Turun di Gemas dan anda perlu tukar menaiki keretapi Ekspres Rakyat Timuran (ERT) dari Gemas ke destinasi Pantai Timur. Disini saya memilih destinasi Wakaf Bharu. Tiket Gemas – Wakaf Bharu RM46.

5) Nombor katil dan koc ada tertera di tiket

6) Dalam keretapi ada disediakan koc cafe untuk anda menjamu selera, tandas dan surau.

*Tiket*

Sentral – Gemas : RM34
gemas – Wakaf Bharu : RM46
Wakaf Bharu-Gemas : RM46
Gemas- Sentral: RM33

Total pergi balik untuk seorang: RM159
Sentral – Gemas : 3 jam
Gemas – Wakaf Bharu : 12 jam
Total masa perjalanan: 15 jam

*Tips*

1) Anda digalakkan membawa power bank yg cukup kerana dalam koc takde plug elektrik.

2) Anda digalakkan alert dengan stesen mana yang anda patut turun kerana tiada pengumuman keretapi telah tiba dimana-mana stesen.

3) Anda perlu jaga dan tepati masa. Keretapi akan tiba tepat pada waktu yg tertera seperti dalam jadual perjalanan. Jika anda terlambat, maka anda akan tertinggal.

*Pengalaman saya*

Bagi saya pengalaman menempuh total perjalanan 15 jam sangat2 menyeronokkan. Katil selesa, sambil baring2 boleh lihat pemandangan kampung-kampung.

InsyaAllah akan repeat lagi. Dan jika ada rezeki lagi, kami plan nak merasa naik ETS ke Padang Besar dan naik keretapi Tenom Sabah.

Saya sarankan anda pergilah merasa naik keretapi lokomotif sleeper ni. Bawa anak2 merasa pengalaman baru. Manalah tahu, jika satu hari nanti tiada lagi keretapi lokomotif, at least u all dah merasa naik. Sekarang ni pun, semua perjalanan dah guna keretapi elektrik.

Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat pada semua.

Sumber: Dhila Dhilafadh

Sofea

There's always another side to every story