Siakap Keli
Gambar: Azreen Yunus

(Video) “The Jungle Train,” Lelaki Kongsi Pengalaman ‘Travel’ Dari Kelantan Ke Johor Naiki Tren Dengan Suasana Tenang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak semua mempunyai ruang dan peluang yang cukup untuk meneroka segenap pelusuk dunia. Ditambah pula dengan krisis pandemik Covid-19 yang sememangnya masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih sepenuhnya.

Pun begitu, jangan risau kerana banyak lokasi-lokasi menarik di dalam negara yang boleh dikunjungi oleh anda semua. Apa salahnya jika mencuba sesuatu yang baharu dan menarik.

Seperti yang dikongsikan oleh Azreen Yunus di laman Instagram miliknya yang memaparkan banyak gambar pemandangan lokasi menarik yang berada di Malaysia.

Namun, melalui kirimannya yang terbaru di laman Twitter, Azreen juga turut berkongsi mengenai pengalaman perjalanannya menaiki kereta api dari Kelantan ke Johor.

Menurutnya, perjalanan yang mengambil masa selama 12 jam itu dilengkapi dengan tempat tidur.

Ditemani dengan bunyi kereta api lama yang mengasyikkan dan dengan pemandangan yang boleh menenangkan fikiran, kereta api tersebut terbahagi kepada tiga bahagian.

Sumber:Azreen Yunus

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa