Seorang lelaki disyaki menghisap rokok elektronik (vape) di dalam tren KTM Komuter dalam perjalanan dari Stesen Sungai Petani ke Stesen Arau pada Rabu malam sebelum ditahan oleh anggota Polis Bantuan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Menerusi kenyataan KTMB yang dimuat naik di Facebook, kejadian berlaku pada 18 November 2026 kira-kira jam 8.16 malam selepas anggota Polis Bantuan KTMB di Stesen Arau menerima laporan berhubung tindakan penumpang lelaki berkenaan.
Menurut kenyataan itu, sebaik sahaja tren tiba di Stesen Arau, anggota Polis Bantuan KTMB bertindak menahan lelaki terbabit sebelum membawanya ke Pejabat Polis Bantuan di stesen berkenaan.
Peranti Vape Disyaki Mengandungi Bahan Dikenali Sebagai 'Piu Piu'

Hasil pemeriksaan turut menemukan sebuah peranti vape yang disyaki mengandungi bahan dikenali sebagai 'Piu Piu'.
Susulan penemuan itu, Polis Bantuan KTMB menghubungi Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum lelaki berkenaan dibawa ke Balai Polis Arau untuk siasatan lanjut.
Dalam pada itu, KTMB mengingatkan semua penumpang supaya tidak merokok atau menggunakan rokok elektronik di kawasan stesen mahupun di dalam tren.
Wanita Terima Surat Daripada Orang Tidak Dikenali, Kata-Kata Semangat Undang Sebak
Jumpa Kulat Pada Roti Anda? Ini Yang Perlu Anda Lakukan
Daripada RM4.67 Juta Kepada RM1,000, Ini Faktor Pengurangan Premium Tanah KLSCAH
Doa Arsenal Menang EPL Termakbul, Ibu Pilih Nama Anak Ada 'Bunyi' Pasukan Kegemaran
Hutang & Liabiliti Terkumpul Kerajaan Persekutuan RM1,763.3 Bilion - MOF
Penumpang yang menyaksikan kejadian seumpama itu diminta segera memaklumkan kepada petugas tren atau stesen bagi membolehkan tindakan diambil.
Orang ramai juga boleh menghubungi Pusat Pengumpulan dan Penyaluran Maklumat Polis Bantuan KTMB menerusi talian 03-2263 1194 yang beroperasi 24 jam atau membuat laporan kepada PDRM.

