Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Wanita Terima Surat Daripada Orang Tidak Dikenali, Kata-Kata Semangat Undang Sebak

wanita terima surat
Kredit: Threads @flwrsorchid
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Kadangkala, kebaikan kecil daripada orang yang tidak dikenali mampu memberikan kesan cukup besar, terutama ketika seseorang sedang melalui hari yang sukar.

Itulah yang dialami seorang pengguna Threads apabila menerima sepucuk surat tulisan tangan daripada individu tidak dikenali selepas menangis ketika menaiki tren Transit Aliran Massa (MRT).

Menerusi perkongsian pengguna Threads @flwrsorchid, dia meluahkan rasa terharu terhadap tindakan individu berkenaan yang sanggup meluangkan masa untuk menulis sepucuk nota kecil selepas melihat keadaannya ketika itu.

Walaupun tidak mengenali antara satu sama lain, individu tersebut dilihat mengambil inisiatif untuk memberikan sedikit kata-kata semangat sebagai tanda keprihatinan.

Surat Kecil Dihiasi Lukisan Comel Dan Kata-Kata Semangat

Kredit: Threads @flwrsorchid

Kandungan surat itu yang ditulis menggunakan tulisan tangan serta dihiasi beberapa pelekat dan lukisan comel.

Antara pesanan yang ditinggalkan termasuk harapan agar segala-galanya menjadi lebih baik tidak lama lagi.

“Saya harap semuanya akan menjadi lebih baik tidak lama lagi, dan awak akan menjadi lebih kuat daripada segala perasaan buruk itu”, tulis individu itu di dalam surat itu.

Malah, nota tersebut turut disertakan ungkapan ringkas seperti 'Awak sedang buat yang terbaik' dan 'Saya bangga dengan awak' sebagai tanda sokongan kepada individu berkenaan.

Tidak ketinggalan, terdapat juga lukisan seekor kucing kecil bersama sejambak bunga yang menjadikan surat itu kelihatan lebih istimewa dan bersifat peribadi.

Walaupun hanya beberapa baris ayat, setiap perkataan yang ditulis seolah-olah membawa mesej bahawa masih ada orang yang mengambil berat walaupun mereka tidak saling mengenali.

Wanita Terima Surat Daripada Orang Tidak Dikenali, Akui Surat Kecil Itu Membantunya Terus Kuat Sehingga Hari Ini

Menerusi kapsyen perkongsian tersebut, pengguna berkenaan berharap individu yang memberikan surat itu mengetahui betapa besar maknanya pemberian kecil tersebut dalam kehidupannya.

Dia turut mengakui bahawa nota berkenaan menjadi salah satu perkara yang membantunya untuk terus bertahan sehingga hari ini.

“Ada orang bagi saya surat ni lepas nampak saya menangis dalam MRT. Harap sangat orang ni tahu betapa bermaknanya surat kecil ni bagi saya, dan macam mana ia bagi saya kekuatan untuk terus kuat sampai hari ni.” tulisnya.

Sementara itu, seorang pengguna @piqahfoo pada masa yang sama menzahirkan rasa sebak dan kagum terhadap perkongsian wanita itu.

“Sebab ini, saya masih percaya yang ramai orang yang baik diluar sana. Bukan kerana minat atau mempunyai 'crush', awak masih boleh jadi orang yang baik walaupun dengan orang yang tak dikenali,” balasnya.

Dalam kesibukan menjalani kehidupan seharian, kita mungkin tidak mengetahui apa yang sedang dilalui oleh orang di sekeliling.

Namun, kisah ini menjadi peringatan bahawa kita tidak semestinya perlu mengenali seseorang untuk menunjukkan rasa prihatin.

Siapa sangka, sekeping nota kecil, kata-kata yang menenangkan atau sekadar bertanya khabar sudah cukup untuk membuatkan seseorang berasa tidak keseorangan ketika berdepan hari yang sukar.

Sumber:Threads
Intipati
  • Seorang pengguna Threads menerima surat tulisan tangan selepas menangis ketika menaiki MRT.
  • Surat itu mengandungi kata-kata semangat, pelekat dan lukisan kucing bersama bunga.
  • Pengguna berkenaan berkata nota kecil itu membantunya terus bertahan sehingga hari ini.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan