Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Daripada RM4.67 Juta Kepada RM1,000, Ini Faktor Pengurangan Premium Tanah KLSCAH

klscah
Kredit: Laman Web KLSCAH

Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) mendapat kelulusan pembaharuan pajakan tanah selama 99 tahun dengan premium tanah ditetapkan pada kadar nominal RM1,000.

Untuk pengetahuan, penetapan kadar berkenaan mengambil kira perubahan status tanah daripada komersial kepada institusi serta sejarah bangunan berkenaan yang mempunyai nilai warisan.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, menerusi perkongsian Jabatan Penerangan Malaysia di Facebook pada 16 November.

KLSCAH Dapat Pembaharuan Pajakan 99 Tahun, Status Tanah Ditukar Kepada Institusi

Kredit: Facebook Jabatan Penerangan Malaysia

Menurut maklumat berkenaan, perubahan status tanah itu membolehkan kawasan berkenaan dikekalkan bagi kegunaan institusi serta pemeliharaan bangunan warisan.

Sehubungan itu, tanah berkenaan tidak boleh digunakan untuk pembangunan komersial seperti pembinaan kondominium atau pusat beli-belah.

Penilaian premium turut mengambil kira sejarah bangunan warisan berkenaan, selain perubahan status tanah yang menyebabkan nilainya tidak lagi dinilai berdasarkan kategori tanah komersial.

Premium Dikurangkan Daripada Anggaran RM4.67 juta

Berdasarkan penilaian yang dibuat, premium tanah bagi pembaharuan pajakan KLSCAH ditetapkan pada kadar nominal RM1,000 berbanding anggaran asal kira-kira RM4.67 juta.

Keputusan pengurangan itu dipersetujui jawatankuasa penilaian selepas mengambil kira faktor sejarah bangunan serta perubahan status tanah.

Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan turut meluluskan urusan penyerahan dan pemberian milik semula tanah bagi kegunaan institusi berkenaan pada 14 September.

Jumlah keseluruhan bayaran RM5,011

Dari segi bayaran, jumlah keseluruhan yang ditetapkan adalah RM5,011, merangkumi premium tanah RM1,000, sewa tanah bagi tahun pertama dan caj pentadbiran.

Kadar sewa tanah tahunan pula ditetapkan sebanyak RM3,151.

Intipati
  • KLSCAH mendapat pembaharuan pajakan 99 tahun dengan premium tanah nominal RM1,000.
  • Status tanah ditukar daripada komersial kepada institusi bagi memelihara bangunan warisan.
  • Jumlah bayaran keseluruhan ditetapkan RM5,011, termasuk premium, sewa tahun pertama dan caj pentadbiran.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan