Siakap Keli
Gambar Via mainichi.jp/journalgazette.net/gulftoday

Ngeri, Ratusan Kucing Kebuluran Dilapor Hingga Terpaksa Makan Bangkai Kucing Lain Di Brazil

Dunia kini masih lagi sedang ‘berperang’ dengan COVID-19 sehingga memberikan beberapa impak terutama kepada ekonomi sesebuah negara.

Manakan tidak, terdapat beberapa syarikat besar yang telah menghentikan operasi serta ramai yang hilang pekerjaan.

Bukan itu sahaja, krisis tersebut juga sebenarnya memberikan kesan kepada kucing yang berada di Pulau Furtada, Brazil.

Gambar:AP News

Semua penduduk setempat mengetahui bahawa pulau di sebelah barat Rio de Jeneiro itu dipenuhi dengan kucing. Mereka sering meninggalkan makanan di pulau tersebut malah ia menjadi tumpuan pelancong.

Pun begitu, rutin tersebut terpaksa dihentikan kerana dilanda pandemik COVID-19 sehingga menyebabkan pemandangan mengerikan yang disaksikan oleh nelayan iaitu sekumpulan kucing yang memakan bangkai kucing yang lain.

Gambar:mainichi.jp

Pulau Furtada yang lebih dikenali sebagai ‘Pulau Kucing’ itu terletak 20 minit dari bandar Mangaratiba, Brazil.

Ketika pandemik tersebut memaksa penduduk tempatan untuk menjalani perintah berkurung, mereka tidak menyangka bahawa ‘kejadian ngeri’ berlaku di pulau kucing tersebut sehingga ‘dibongkar’ oleh nelayan pada April lalu.

Gambar:journalgazette.net

“Bilangan pelancong, bot menurun dan kami melihat keadaan kucing di pulau tersebut,” kata Jorge de Morais yang bekerja dengan kumpulan tempatan yang menyelamatkan haiwan dari penderaan.

Dia dan sukarelawan yang lain memohon bantuan dari peniaga tempatan dan mula memasang dispenser makanan dan air yang diperbuat dari paip PVC sejak April lalu.

Gambar: mainichi jp

Terdapat sebanyak 250 ekor kucing yang dikesan di pulau tersebut. Lebih merisaukan, pulau itu menjadi tempat pembuangan kucing liar dan pihak berkuasa sedang mencari cara untuk menghalang perbuatan tersebut.

Gambar:KSTP.com

Para sukarelawan juga akan memberikan rawatan atau pembedahan kepada semua kucing tersebut. Dalam masa yang sama, mereka berusaha mencari orang untuk memelihara kucing-kucing itu dan jika tidak berhasil ia akan dibawa kembali ke pulau.

Sumber: AP News

Sofea

There's always another side to every story