Siakap Keli

(Video) Macam Kat TV, Tular Pengantin Baca Lafaz Izin Nikah Macam Baca Berita

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Akad nikah menjadi detik-detik paling bermakna dan terindah bagi setiap pasangan sebelum melayari bahtera perkahwinan.

Gemuruh, tangisan serta gelak tawa sering menghiasi detik lafaz ikatan manis tersebut dan ianya akan diingati buat selamanya.

Sama seperti majlis akad nikah yang tular di media sosial ini kerana kelainan yang ditonjolkan oleh pengantin wanita.

Video yang dimuatnaik oleh Naim Hashim di laman Twitter mendapat perhatian ramai setelah menyaksikan pengantin wanita tersebut yang membaca lafaz izin nikah dengan intonasi seperti membaca berita.

Rata-rata warganet kagum dengan suara pengantin wanita tersebut yang juga merupakan seorang wartawan.

Dihubungi SK, pengantin wanita, Hanis Razak, yang juga wartawan dari UnifiTV  memaklumkan bahawa video itu dirakam pada tahun 2019.

Sumber: Naim Hashim

Sofea

There's always another side to every story