Siakap Keli
Kredit gambar: Google

SMK Raja Lope Nor Rashid, Tg. Piandang Ditutup Seminggu Bermula Hari Ini

KERIAN, 20 Okt – Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Lope Nor Rashid, Tanjung Piandang di sini akan ditutup selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 26 Okt depan.

Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Dr. Mohd Suhaimi Mohamed Ali dalam satu kenyataan berkata, penutupan tersebut dibuat berikutan bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Sehubungan itu, sekolah tersebut akan dibuka semula pada 27 Okt, Selasa depan.

Sumber: Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'