Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia

ESKL Tangguh Perkenal E-Sukan Di Sekolah Menengah Kuala Lumpur

Edayu

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) — Usaha Persatuan Sukan Elektronik Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (ESKL) dan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) memperkenalkan sukan elektronik (e-sukan) sebagai kokurikulum di semua sekolah menengah di Kuala Lumpur terpaksa ditangguhkan ke tahun depan.

Ini susulan perbincangan di antara ESKL dan MSWP bersama Jabatan Pendidikan Wilayah dalam menentukan silibus e-sukan di sekolah kini terhenti, selain usaha mempromosikan sukan itu kini terbatas akibat pandemik COVID-19.

Presiden ESKL Hisham Darus berkata bentuk promosi dalam talian bukan kaedah terbaik bagi memperkenalkan e-sukan secara menyeluruh kepada pelajar, ibu bapa dan guru.

“Peringkat perbincangan kita setakat ini terhenti sebab COVID-19. Selepas selesai PKPB atau mungkin suku pertama 2021 kita akan sambung dan terus bergerak sebelum hari sukan di sekolah-sekolah berlangsung.

“Untuk kita anjurkan program kesedaran dan promosi di peringkat sekolah dalam talian tidak berapa sesuai kerana kita melihat bukan hanya pelajar, malah ibu bapa, guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pun nak tahu apa e-sukan dan manfaatnya,” katanya kepada Bernama.

Mengikut perancangan asal, ESKL dan MSWP menyasarkan misi memperkenalkan e-sukan di sekolah di Kuala Lumpur dapat dijayakan seawal bermula sesi persekolahan tahun ini.

Pelaksanaan itu adalah menerusi penubuhan kelab e-sukan dengan tujuan memberi pendedahan serta pemahaman kepada ibu bapa dan pelajar mengenai potensi sukan berasaskan permainan video itu.

Hisham berkata perbincangan mengenai silibus e-sukan di sekolah mengambil kira pelbagai aspek bagi memastikan ia dapat memberi keseimbangan kepada perkembangan pelajar.

“Bila nak tembusi sekolah kita tidak boleh sewenang-wenangnya nak promosikan sesuatu kerana bahagian silibus kokurikulum amat tegar. Kita kena ada sesuatu yang menepati kokurikulum semasa supaya tidak bertindih dengan yang sedia ada,” katanya.

Dalam pada itu, Hisham berkata permainan video berasaskan bola sepak – FIFA20 dan PES serta perlumbaan – Formula 1 merupakan dua genre utama yang akan dipromosikan di sekolah.

— BERNAMA