Siakap Keli

(Video) “Dah 28 Tahun Baru Aku Tahu..,” Cara Main Tiang Berputar Di Taman Kanak-kanak Yang Ramai Tak Tahu

Ya, taman permainan merupakan tempat keseronokkan kanak-kanakpada waktu pagi ataupun petang. Ye lah, situ je tempat hiburan waktu kecil. Namun, pernah tak korang terjumpa salah satu ‘tiang’ yang berada di taman permainan yang jarang kita tahu cara untuk bermain?

Mesti korang baru tahu kan sebenarnya ini cara untuk bermain tiang berpusing di taman permainan. Satu video Tiktok tular di laman Twitter apabila ada seorang pengguna memuatnaik video sekumpulan kanak-kanak bermain di tiang tersebut.

Menerusi video tersebut, kanak-kanak itu menunjukkan cara bermain tiang berputar membuatkan ramai yang teruja dan ada segelintir yang baru tahu caranya.

“DAH 28 BARU AKU TAHU MACAM NIE RUPANYA MAIN DIA”

Rata-rata warganet teruja dan ramai yang memberi komen bahawa mereka baru tahu cara bermain permainan tersebut.

 

Sumber: Been Azhar

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang