Siakap Keli

Pesakit COVID-19 Maut Terjun Bangunan Hospital Queen Elizabeth

KOTA KINABALU, 22 Okt — Seorang wanita berusia 63 tahun yang disahkan positif COVID-19 ditemui mati setelah dipercayai terjun dari tingkat lapan bangunan Hospital Queen Elizabeth (HQE) I, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Majinji berkata kejadian itu berlaku pada pukul 9.15 malam dan wanita warga tempatan itu dikatakan terjun menerusi tingkap dari tingkat lapan bangunan hospital berkenaan.

“Kita menerima laporan daripada pihak hospital pukul 9.30 malam. Siasatan awal mendapati mangsa dimasukkan ke hospital berkenaan pada 13 Okt lepas selepas disahkan positif COVID-19 .

“Selepas mendapatkan rawatan lanjut, mangsa disahkan bebas penyakit berkenaan dan dijadualkan untuk dikeluarkan dari hospital berkenaan jari ini,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa kini ditempatkan di Jabatan Forensik HQE I, sementara menunggu siasatan lanjut.

“Siasatan termasuk mengenal pasti punca mangsa terjun dan mencari saksi di tempat kejadian,” katanya.

— Bernama

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)