Siakap Keli
Kredit gambar: Amri Daud

“Bagai Nak Gila Kepala Dalam Penjara…” Foto-foto Penuh Emosi Contengan Dipercayai Luahan Banduan Di Dinding Penjara Pudu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Penjara adalah ruang kehidupan suram buat mereka yang pernah tercalar hidupnya dengan perilaku jenayah satu masa dahulu.

Pelbagai episod duka dirakam di sana, ada yang gembira, ada yang sedih, ada yang seakan hilang akal, malah ada yang sepi menanti hari-hari terakhir sebelum dibawa ke tali gantung.

Baru-baru ini, Amri Daud berkongsi di group Facebook Malaysiaku Dulu-Dulu beberapa foto yang dirakam di Penjara Pudu, Kuala Lumpur.

Menurutnya, dia bersama kawan-kawan berkesempatan menerjah ke bangunan tinggalan sejarah kolonial British yang dibina pada 1895 itu pada 2009 lalu.

Agak menyentuh hati, sepanjang 101 tahun operasinya, pelbagai luahan kata-kata, lukisan dan gambar penuh emosi yang diekspresikan ke dinding-dinding sel tahanan.

Dakwa Amri, ia dipercayai adalah hasil ‘nukilan’ banduan-banduan di sana, sehinggalah ke hari terakhir sebelum penjara itu ditutup secara rasmi pada 1996.

Mari ikut perkongsian ini.

Gambar: Amri Daud

Luahan Dinding, Pudu Jail

Sebelum Pudu Jail dirobohkan, sempat juga dua tiga kali aku curi-curi masuk dalam melihat sisa-sisa isi di dalamnya. Ada juga masuk sebab kawan minta bawa.

Dulu masuk sebab suka-suka, ambil gambar pun suka-suka, takat apa yang ada saja. Sekarang bila dah takda, menyesal tu ada, kalau gambar tu diambil betul-betul, ‘harga’ dia mahal, story dia mahal.

Aku paling tertarik melihat seni-seni pada dinding penjara. Ada yang melukis, ada yang buat kalendar ‘menghitung hari’, ada menulis puisi meluah isi hati dan ada juga sekadar menampal gambar-gambar ‘modal’ untuk mereka ‘berfantasi’.

Gambar: Amri Daud

Tapi biar apa pun yang ‘ada’ pada dinding-dinding tu, yang jelasnya segala jenis ‘seni’ yang dihamparkan itu menunjukkan luahan apa yang terbuku.

Kawan aku kata “jiwang juga penjenayah ni ya“.

Bagi aku tak, bukan jiwang, tapi mereka menulis perasaan mereka yang paling ikhlas (ketika itu).

Gambar: Amri Daud

Antara luahan mereka:

“Di kamarku menyepi seorang diri”

“Tolonglah aku”

“Selamat hari raya”

Gambar: Amri Daud

“Bagai nak gila kepala dalam penjara”

“Karna cita-cita akhirnya aku terdampar di sini. Merengkok aku di sini dalam ketandusan akal, batin dan segalanya. Semoga masih ada sirna untukku bagi menyuluhi hari depanku. Amin”

Gambar: Amri Daud

“Sayang, bukan niat kita untuk berpisah, tetapi sudah takdirnya begitu. Percayalah aku tetap seperti dahulu. Sayang betapa siksanya aku di dalam neraka ini. Tabahkanlah hatimu, aku akan kembali ke pangkuanmu”

“Karena ringgit aku jadi begini”

Gambar: Amri Daud
Gambar: Amri Daud

Ada banyak lagi, tapi gambar tak berapa jadi. Ambil gambar pun laju-laju saja sebab gelap dan takut. Aku tak menggeledah semua sel.

Ada beberapa saja di floor bawah, banyak sel yang dah dicat dindingnya, tutup segala seni si banduan.

Nak berjalan pusing kawasan penjara aku berani lagi, tapi nak menggeledah, masuk sel satu-persatu ni hati aku tak cukup kering.

Yang beberapa ni saja pun rasa dia lain macam, meremang.

Gambar: Amri Daud

Mungkin sebab aku penakut, kalau pemberani mungkin rasanya biasa saja.

Sekarang penjara pun dah takda, yang ada cuma gambar dan cerita-cerita saja.

Kapitalis ni buta, nilai Pudu Jail, nilai cerita-cerita Pudu Jail, nilai pengajaran dari Pudu Jail ni lagi mahal dari harga semasa tanah tapak Pudu Jail tu sendiri..

Foto-foto sejarah yang hanya tinggal sejarah

Demikian itu, berikut adalah beberapa foto bidikan Amri tentang ‘pemandangan’ di sekitar Penjara Pudu yang kini sudah dipupus sejarahnya.

Gambar: Amri Daud
Gambar: Amri Daud
Gambar: Amri Daud
Gambar: Amri Daud
Gambar: Amri Daud
Gambar: Amri Daud
Gambar: Amri Daud
Gambar: Amri Daud
Gambar: Amri Daud
Gambar: Amri Daud
Gambar: Amri Daud
Gambar: Amri Daud
Gambar: Amri Daud
Gambar: Amri Daud
Gambar: Amri Daud
Gambar: Amri Daud
Gambar: Amri Daud
Gambar: Amri Daud
Gambar: Amri Daud
Gambar: Amri Daud
Gambar: Amri Daud
Gambar: Amri Daud
Gambar: Amri Daud
Gambar: Amri Daud
Gambar: Amri Daud
Gambar: Amri Daud
Gambar: Amri Daud
Gambar: Amri Daud
Gambar: Amri Daud
Gambar: Amri Daud
Gambar: Amri Daud
Gambar: Amri Daud
Gambar: Amri Daud
Gambar: Amri Daud
Gambar: Amri Daud

Untuk gambar-gambar penuh, boleh dilihat di hantaran asal Amri Daud di sini.

Sumber: Amri Daud

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'