Siakap Keli

“Ditegur Berbau Manis Dan Wangi,” Ini Antara 20 Gangguan Seksual Di Tempat Kerja Yang Dikongsikan JPWanita

Suasana tempat kerja yang selesa dan rakan sekerja yang baik sememangnya menjadi impian ramai orang. Kemesraan yang terjalin antara pekerja dikatakan mampu untuk membawa kejayaan dalam sesebuah syarikat. Pun begitu, rakan sekerja semestinya mempunyai batas yang perlu diketahui.
Perkara ini ekoran kebimbangan berlakunya gangguan seksual di pejabat ataupun tempat kerja. Jabatan Pembangunan Wanita menerusi laman Instagram ada berkongsikan 20 gangguan seksual di tempat kerja yang semua pekerja perlu ketahui.
1. Ditepuk
2. Dicium.
3. Dipeluk.
4. Dicubit.
5. Disentuh bahagian tubuh yang sulit.
6. Menerima panggilan berunsur seks.
7. Ditenung dilirik pandangan berunsur lucah.
8. Menerima surat berunsur seks.
9. Dipaksa secara lisan atau fizikal untuk melakukan hubungan seks.
10. Diberi isyarat berunsur lucah.
11. Ditegur dengan kata-kata berunsur lucah mengenai fizikal diri.
12. Didedahkan dengan perkataan dan bahan berunsur lucah.
13. Mendengar perbualan berunsur lucah.
14. Bergurau senda dengan menggunakan bahasa kiasan mengenai perkara lucah.
15. Berdiri dan duduk terlalu rapat sehingga tidak selesa.
16. Dijanjikan hadiah, markah prestasi kerja, kenaikan pangkat jika menerima pelawaan seks.
17. Ditegur berbau manis dan diberikan layanan berbeza.
18. Ditegur berbau manis dan wangi
19. Diberi layanan berbeza kerana wanita.
20. Dipaksa menerima jemputan sosial.

Aziezzan