Siakap Keli
Kredit gambar: Google

TERKINI COVID-19: 7 Lagi Kematian Dilaporkan Hari Ini, Semua Mangsa Adalah Lelaki

PUTRAJAYA, 24 Okt – Kementerian Kesihatan mengumumkan sebanyak tujuh lagi kematian akibat COVID-19 direkodkan hari ini.

Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, angka kematian keseluruhan kini meningkat ke 221 kes bersamaan 0.9 peratus.

Kes pertama, kes ke-215 iaitu kes ke-13,507 melibatkan seorang lelaki warganegara berumur 88 tahun, mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau meninggal dunia di Hospital Tuaran, Sabah.

Kes kedua, kes ke-216 iaitu kes ke-14,008 melibatkan lelaki warganegara berumur 60 tahun, mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, asthma dan gout. Beliau meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth.

Kes ketiga, kes ke-217 iaitu kes ke-13,698 melibatkan lelaki warganegara berumur 62 tahun, mempunyai latar belakang penyakit kencing manis. Beliau meninggal di Hospital Tawau.

Kes keempat, kes ke-218 iaitu kes ke-24,324 melibatkan lelaki warganegara berumur 75 tahun, mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau meninggal dunian di hospital di Sandakan.

Kes kelima, kes ke-219 iaitu kes ke-24323 melibatkan lelaki warganegara berumur 72 tahun, mempunyai latar belakang penyakit parkinson dan katarak. Beliau meninggal dunia di hospital di Sandakan.

Kes keenam, kes ke-220 iaitu kes ke-25,403 melibatkan lelaki warganegara berumur 47 tahun, mempunyai latar belakang penyakit buah pinggang kronik. Beliau meninggal dunia di Hospital Lahad Datu.

Dan kes ketujuh, kes ke-221 iaitu kes ke-25,718 melibatkan lelaki berumur 63 tahun, mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung dan buah pinggang. Beliau meninggal di Pusat Perubatan.

Untuk rekod, kes baharu jangkitan COVID-19 yang dilaporkan hari ini telah mencapai empat angka, iaitu 1,228 kes.

Angka tersebut menjadikannya sebagai antara kes harian tertinggi pernah direkodkan di negara ini.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'