Siakap Keli
Foto: Laman Web 1 Utama Shopping Centre

Seorang Staf Baskin-Robbins Cawangan One Utama Dilapor Positif COVID-19

Baskin-Robbins (B-R) Malaysia dalam satu kenyataan media yang dimuat naik di laman facebooknya sebentar tadi memaklumkan seorang kakitangannya dari B-R One Utama dilaporkan positif COVID-19.

Menurut kenyataan itu lagi, kali terakhir kakitangan berkenaan bertugas adalah pada 22 Oktober lepas, dan kini menerima rawatan di hospital kerajaan.

Sebaik sahaja dimaklumkan bahawa mangsa mempunyai simptom-simptom jangkitan, mangsa dilepaskan dari tugas dan diarahkan menjalani kuarantin.

Sehubungan itu, B-R telah mengambil beberapa tindakan segera antaranya menutup cawangan B-R One Utama sementara waktu untuk kerja-kerja disinfeksi selain mengarahkan kontak rapat mangsa untuk menjalani saringan dan kuarantin.

Kenyataan penuh B-R boleh dirujuk dibawah.

Sumber: Buskin-Robbins Malaysia

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.