TERKINI COVID-19: Kembali Tiga Angka, 823 Kes Baharu Keseluruhan Hari Ini & Sabah Kekal Tertinggi Dengan 533 Kes

PUTRAJAYA, 25 Okt – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 823 kes baharu positif COVID-19 direkodkan.

Ia menjadikan kes positif kini meningkat ke 26,565 kes berserta kes aktif dengan kebolehjangkitan berjumlah 9,202 kes.

Daripada jumlah itu, Sabah kekal mencatatkan kes tertinggi dengan 533 kes, Pulau Pinang 97 kes, Selangor 88 kes, Wilayah Persekutuan (WP) Labuan 26 kes, Negeri Sembilan 22 kes, Sarawak 16 kes, Johor 15 kes, WP Kuala Lumpur 10 kes, Terengganu tujuh (7) kes, Perak enam (6) kes, Kedah satu (1) kes, Kelantan satu (1) kes dan WP Putrajaya satu (1) kes.

Dalam pada itu, sebanyak 579 kes pulih turut dilaporkan hari ini, menjadikan angka pulih kumulatif meningkat ke 17,134 kes bersamaan 64.5 peratus.

Dalam masa sama, terdapat lapan kematian dan sembilan kluster baharu turut direkodkan hari ini.

Maklumat kes kematian adalah seperti di bawah:-

Maklumat lanjut menyusul.

Sumber: KP Kesihatan

Dapatkan kelengkapan elakkan Covid 19 di SINI

Denin

Menulis untuk mendidik.

Editor: Denin

Tambah komen