Siakap Keli

(Video) “Saya Jual Apam Balik..Roti Kukus..” Gaya Suara Sopan & Comel Abang Van Ini Tarik Perhatian Ramai

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam usaha mencari rezeki, pasti pelbagai idea dan teknik digunakan untuk memastikan jualan itu laku serta diminati ramai.

Seperti yang tular di media sosial baru-baru ini, seorang penjual yang menjual apam balik menaiki van putih didapati mempromosikan makanannya itu dengan gaya nada yang comel serta sopan.

Kalau lori tilam selalu guna ayat “Tilam tilam, tilam lama tukar baru,”, abang ini pula guna “Saya jual apam balik..” menggunakan suaranya sendiri.

Mari tonton video yang dikongsikan Aiman Zaid ini.

 

Kreatif betul orangnya. Semoga murah rezeki ya.

Sumber: Aiman Zaid

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'