Orang kata, hati-hati gunakan tandas awam. Takut ada yang memerhati. Memang betul, berapa banyak kes gangguan mata-mata jahat ketika menggunakan tandas awam kita boleh lihat hari ini.
Namun, lain ceritanya dengan kes yang satu ini. Kalau manusia mengintai buat kita marah dan sakit hati, namun gelagat kucing ini akan buatkan anda tak kering gusi.
Geram je bila tengok gelagat si oyen, ada sahaja akalnya yang boleh membuatkan orang terhibur. Baru-baru ini, seorang pemuda berkongsi kisah diintai seekor kucing oren ketika sedang menggunakan tandas di sebuah plaza tol di Bukit Gambir.
Kongsi Benjamin Shukree, dia sudah menghalau kucing tersebut, namun ia tetap berada di situ dan hanya beredar apabila disiram air.
“Ni oyen skodeng dalam tandas waktu tengah buat pelaburan 12% per annum. Walaupun dah halau shuh shuh, tetap tenung dengan tajam. Jirus air baru lari..”
Benjamin juga berkongsi wajah ‘suspek’, namun gagal mendapatkan gambar penuh kerana ia melarikan diri apabila didekati.
“Esok saya cuba ambil gambar penuh kucing tu. Kucing tu tukang cuci yang bela. Ekor kembang.. Tapi takut orang.”


Gelagat haiwan itu membuatkan orang ramai pecah tawa.
Dia pantau, siapa tak jirus dia report
Nakal, ketumbit mata nanti
Bosan lepas hajat atas pasir, nak juga guna tandas
Sumber: Benjamin Shukree