Siakap Keli
Gambar: Mirror

(Video) Dah 5 Tahun Menetap Di Situ, Pemilik Terkejut Temui Bilik ‘Rahsia’ Di Sebalik Dinding Rumah

Seorang pemilik rumah terkejut selepas menemui sebuah bilik rahsia yang tersembunyi di sebalik dinding setelah lima tahun mendiami rumahnya itu.

Video penemuan yang dikongsi di internet itu memaparkan seorang lelaki menemui dua buah batu bata di ruang makannya yang menyembunyikan kunci boleh dicabut.

Pintu itu kemudiannya dibuka, dan menampakkan sebuah ruangan yang berukuran seperti almari yang mereka tidak pernah tahu kewujudannya.

Video tersebut dipaparkan di laman web Reddit dengan kapsyen: “Been living in this house for 5 years, never noticed there was a secret door leading to a little storage cubby behind the dining room finish.”

Video itu sudah cukup untuk membuatkan ramai penonton menyamakannya dengan sesuatu yang “seram”, sementara seorang penonton menyatakan bahawa: “Bayangkan apabila buka sahaja pintu itu, ada orang tinggal didalamnya.”

“Bilik pembunuhan yang bagus! Penemuan yang baik,” tulis seorang lagi penonton.

Tambah yang lain: “Huh, ianya amat menyeramkan,” lalu pemilik rumah tersebut menjawab: “Agak menyeramkan tetapi tidak ada mayat.”

Untuk membuatkan penonton berasa sedikit tenang, pemilik rumah itu menambah: “Saya seharusnya membawa lampu suluh ketika saya merakam namun tidak ada apa yang menarik dapat saya temui. Hanya penyapu dan habuk, beg berisi konkrit, papan kayu dan beberapa barangan rumah lain.

Mereka menyatakan bahawa walaupun dinding di ruang makan itu berlainan dengan ciri-ciri lain di rumah tersebut, namun mereka tidak pernah fikirkan langsung berkenaan ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik dinding itu.

Sumber: Mirror

Aqmal Ezany

I write what is right