Sisa pelekat pada bekas makanan pastinya membuatkan ia kelihatan buruk. Sudah dikikispun, masih ada sisa pelekat degil yang mengganggu pandangan.
Usah risau, dengan tips dikongsikan Puan Fatimah Salim ini, masalah anda akan dapat diselesaikan dengan mudah.
Kongsinya, anda hanya perlu menggunakan minyak masak dan gosok pada sisa pelekat menggunakan tisu dapur. Tambah Puan Fatimah yang juga pakar kimia, minyak masak boleh melarutkan komponen gam manakala pergerakan menggosok dengan cepat akan menghasilkan haba yang membantu proses menanggalkan sisa gam pada bekas anda.
Mudah, bukan? Ikuti perkongsiannya di bawah.
Kepada yang tidak tahu, anda boleh menanggalkan kesan lekatan sticker pada bekas yang sudah lama dengan menggunakan minyak masak.
Caranya, tuangkan sedikit minyak masak pada tisu serap minyak (kitchen towel tissue paper) dan gosok. Bergantung kepada jumlah lekatan, ulangi langkah ini jika perlu.
Tips:
• Minyak masak boleh melarutkan komponen gam.
• Menggosok dengan cepat akan menghasilkan haba yang boleh membantu mempercepatkan proses tertanggalnya gam.
Sumber: Fatimah Salim